Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Pelaksanaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini akan bermula pada 26 Oktober hingga 17 Disember ini. Tarikh 26 hingga 29 Oktober, calon akan menduduki ujian bertutur Bahasa Melayu, diikuti 2 hingga 5 November untuk ujian bertutur Bahasa Inggeris. Jadual disusun dengan mengambil kira faktor cuaca, jerebu dan cuti persekolahan.
Transcript
00:00Pelaksanaan peperiksaan sijil pelajaran Malaysia SPM 2026 bermula hari ini dan akan berakhir pada 17 Disember nanti.
00:08Bermula hari ini sehingga 29 Oktober, calon akan menduduki ujian bertutur Bahasa Melayu diikuti 2 hingga 5 November untuk ujian
00:16bertutur Bahasa Inggeris.
00:20Bagi tarikh 16 hingga 18 November pula, calon akan menjalani ujian amali sains. Seterusnya 23 November hingga 17 Disember pula,
00:28peperiksaan bertulis akan dilakukan.
00:31Sementara itu, ujian mendengar Bahasa Melayu akan diadakan pada 30 November ini dan ujian mendengar Bahasa Inggeris pula dilakukan pada
00:391 Disember.
00:40Kementerian Pendidikan Malaysia KPM berkata penyelarasan jadual SPM 2026 mengambil kira pandangan pelbagai pihak dan faktor persekitaran yang kritikal.
00:51Antara pertimbangan utama termasuk unjuran cuaca monsoon timur laut yang mengakibatkan banjir, potensi fenomena jerebu hujung tahun serta penyelarasan bersama
01:00cuti persekolahan.
01:01Selain itu, KPM turut mengambil kira rungutan terdahulu berkaitan penempatan beberapa kertas peperiksaan penting yang sering dijadualkan pada saat akhir
01:10tempoh peperiksaan bagi memastikan kebajikan calon terpelihara.
01:15Secara keseluruhan, seramai 420,879 orang calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM tahun 2026 di 3,334 buah pusat peperiksaan
01:28di seluruh negara.

Recommended