Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Menurut Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, kerajaan memperuntukkan RM1.1 bilion bagi tempoh 2021 hingga 2025 untuk penggantian, penaiktarafan dan pemulihan infrastruktur serta peralatan usang di IPTA.
Transcript
00:00Kerajaan menyasarkan kemudahan Kolej Kediaman di Institusi Pendidikan Tinggi Awam atau IPTA mampu menampung 70% daripada jumlah enrolmen pelajar
00:08praasiswazah sepenuh masa secara fizikal menjelang 2035.
00:14Sasaran itu digariskan menerusi dasar kemudahan Kolej Kediaman di IPTA yang dibangunkan pada November 2024 sebagai langkah jangka panjang untuk
00:22menangani keperluan penginapan mahasiswa termasuk golongan yang berpendapatan rendah atau B40.
00:32Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr. Zamri Abdul Qadir berkata dasar berkenaan dibangunkan hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi dengan Majlis
00:42Perumahan Universiti-Universiti Malaysia selain sesi libat urus bersama pemimpin mahasiswa.
00:49Selaras dengan kerajaan ini, kerajaan telah memperuntukkan sejak tahun 2021 hingga 2025 iaitu sebanyak 1.1 bilion bagi ujian penggantian,
01:04penaik tarafan dan pemulihan infrastruktur dan peralatan usang di IPTA.
01:10Dalam tempoh yang sama, KPT turut memperuntukkan hampir 225 juta untuk kerja-kerja menaik taraf dan membaik pulih asrama sedia
01:20ada melalui peruntukan pembangunan.
01:22Dalam tempoh yang sama, terdapat 15 projek pembinaan kolej kediaman telah disiapkan melalui kaedah kerjasama awam swasta dengan kapasiti keseluruhan
01:35melibatkan 45 ribu pelajar.
01:38Jadi, kerajaan berhasrat untuk membangunkan 5 buah kolej kediaman baru di Universiti Awam melalui kaedah yang sama yang dijangka akan
01:49menyediakan kapasiti penginapan sehingga 21 ribu orang pelajar.
01:55Zamri berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail PH Bandar Tun Razak mengenai usaha berterusan
02:05menanggani isu kekurangan penempatan pelajar Kolej Kediaman IPTA khususnya golongan B40.
02:10Berikan konserti yang mencukupi untuk mendapatkan kembali modal dan keuntungan daripada...

Recommended