Skip to playerSkip to main content
Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengakui terdapat masalah yang dihadapi pengguna aplikasi TuJu, dengan usaha penambahbaikan prestasi aplikasi itu sedang dilaksanakan.

Bagaimanapun, LLM dan Prosignal Consortium Sdn Bhd perlu memberikan penjelasan khusus dan terperinci berhubung isu yang dibangkitkan pengguna, bagi memastikan segala permasalahan dikenal pasti dan ditangani dengan sewajarnya.

#AWANInews

Category

🗞
News
Transcript
00:00mengenai sebuah aplikasi navigasi tempatan bernama TUJU
00:04yang telah dibangunkan oleh ProSignal Consortium Sedin Berhad
00:07menerusi satu memorandum persefahaman
00:10yang ditandatangani bersama Lembaga Lebuh Raya Malaysia, LLM
00:15pada 26 Mei 2022.
00:20Aplikasi tersebut telah dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Kerja Raya
00:25Datuk Seri Alexander Nantalingi pada 26 November 2025.
00:31Pihak LLM telah mengakui terdapat masalah yang dihadapi oleh pengguna
00:35serta telah memaklumkan bahawa usaha untuk menambah baik aplikasi tersebut
00:40sedang dilaksana.
00:42Walaubagaimanapun, LLM dan ProSignal Consortium Sedin Berhad
00:45perlu memberikan penjelasan khusus dan terperinci
00:49berhubung isu yang dibangkitkan oleh pengguna
00:51termasuk punca masalah, aspek teknikal yang terlibat
00:55status prestasi semasa aplikasi
00:57serta langkah penyelesaian
00:59Terima kasih telah menonton!
00:59Terima kasih telah menonton!

Recommended