Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Ahmad Zahid Hamidi berkata agihan kerusi sudah dimuktamadkan berdasarkan kebolehmenangan, manakala Ab Rauf Yusoh dilantik sebagai pengarah pilihan raya BN.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Barisan Nasional BN akan mengumumkan calon pilihan raya negeri Melaka bersama PAS dan rakan strategiknya pada Sabtu ini.
00:07Pengurusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata BN akan bertanding di 21 kerusi, manakala PAS serta rakan strategiknya
00:15bertanding di 7 kerusi.
00:19Pembahagian itu berdasarkan persetujuan agihan kerusi yang dicapai setakat ini.
00:23Menurut Ahmad Zahid, pengumuman calon BN, PAS dan rakan strategik akan dilakukan di pentas serta dewan yang sama.
00:29Beliau berkata pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen BN sudah dimuktamadkan berdasarkan keboleh menangan setiap parti di kawasan berkenaan.
00:37Dalam perkembangan sama, Ketua Menteri Melaka yang juga pengurusi BN negeri, Datuk Seri Abdul Rauf Yusof dilantik sebagai pengarah pelan
00:42raya BN bagi PRN itu.
00:44Abdul Rauf menggantikan timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Muhammad Hassan yang mempunyai beberapa komitmen di luar negara sepanjang tempoh kempen.
00:51Suruhanjaya pelan raya meletapkan 31 Oktober sebagai hari penamaan calon, 10 November untuk pengundian awal dan 14 November sebagai hari
00:59pengundian.

Recommended