00:00Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengesahkan akses Ukraine kepada perkhidmatan internet satelit Starlink telah dipulihkan oleh Elon Musk.
00:08Namun, beliau enggan mengulas sama ada beliau telah menghubungi taikon teknologi itu berhubung perkara berkenaan.
00:17Sebelum ini, Akbar Wall Street Journal memetik pegawai Amerika Syarikat melaporkan bahawa Trump telah menghubungi Musk dan memintanya menarik balik
00:24sekatan terhadap penggunaan Starlink oleh Ukraine.
00:26Menurut laporan itu, sistem Starlink kembali beroperasi dengan lebih normal pada Khamis tidak lama selepas perbualan antara Trump dan Musk
00:33berdasarkan maklumat pegawai Amerika Syarikat dan Ukraine.
00:36Bagaimanapun, beberapa pegawai Ukraine memberitahu akhbar berkenaan bahawa perkhidmatan itu belum dipulihkan sepenuhnya meskipun kelajuan sambungannya meningkat berbanding ketika sekatan
00:45dikenakan.
00:46Ukraine menggunakan Starlink bagi komunikasi di miram perang serta operasi drone termasuk misi serangan dan pertahanan udara terhadap Rusia.
00:52Sekatan terhadap perkhidmatan satelik itu sebelum ini menjejaskan keupayaan Ukraine melaksanakan operasi drone berkenaan.