00:00Kementerian Pendidikan KPM akan memberikan tumpuan kepada pelaksanaan kurikulum baru dan rancangan pendidikan Malaysia 2026 hingga 2035 pada tahun hadapan.
00:10Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadlina Siddiq berkata peruntukan belanjawan 2027 akan menjadi pemangkin kepada usaha meningkatkan kualiti pendidikan.
00:20Katanya dalam satu wawancara, cabaran utama KPM adalah memastikan semua perancangan dan inisiatif dapat dilaksanakan dengan berkesan demi kepentingan murid
00:30serta warga pendidik.
00:32Belanjawan 2027 turut memberikan perhatian kepada usaha meringankan kos persekolahan menerusi pelbagai bantuan dan allowance termasuk peningkatan bantuan awal persekolahan
00:41daripada RM150 kepada RM200 seorang.
00:44Aspek pembinaan sekolah baru naik taraf sekolah daif dan kemudahan sukan turut diberikan perhatian dengan kaedah binaan bertingkat serta sistem
00:53binaan berindustri modular digunakan untuk menangani isu sekolah padat dan daif.
00:58Mengenai keselamatan, Fadlina berkata KPM melaksanakan audit keselamatan asrama, menambah pemasangan kamera lita tertutup dan menyediakan pembantu warden bagi menangani
01:09isu buli.
01:10Latihan turut diberikan kepada guru bimbingan dan kaunseling untuk mengenalpasti tanda awal buli selain mempeluas saluran bagi membolehkan murid menyuarakan
01:18pandangan secara terus.
01:21KPM juga memperkukuh kesiap siagaan sekolah menghadapi gelombang haba dan banjir menerusi penambahbaikan infrastruktur serta kemudahan atau menaik taraf sekolah
01:29yang berdepan risiko banjir berulang khususnya di tepi sungai dan kawasan lembah turut sedang diteliti.