Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Belanjawan 2027 menyediakan peruntukan bagi projek tebatan banjir, kolam takungan, perlindungan cerun dan naik taraf sistem perparitan untuk mengurangkan risiko serta kerugian ekonomi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan sudah menyiapkan enam projek tebatan banjir bernilai keseluruhan RM336 juta, manakala 82 projek lain sedang dilaksanakan di seluruh negara.
00:11Projek yang sedang dilaksanakan itu turut melibatkan Sabah dan Sarawak serta dilaporkan berjalan mengikut jadual.
00:20Menerusi Belanjawan 2017, kerajaan mengumumkan beberapa projek baru termasuk projek tebatan banjir bandar kucing dan projek pembangunan lembangan sungai bersepadu
00:30Sungai Golok Fasa 2.
00:31Turut diumumkan projek pembangunan lembangan sungai bersepadu Sungai Kemaman di Terengganu.
00:36Sebanyak RM100 juta diperuntukkan untuk kolam takongan di Lembah Kelang selain hampir RM320 juta bagi membaiki dan menaik taraf cerun,
00:46sistem peparitan serta parit di kawasan pihak berkuasa tempatan.
00:49Usaha itu penting kerana kerugian akibat banjir di Malaysia mencecah RM933.4 juta pada 2024 sebelum menurun kepada RM636.9
01:00juta tahun lalu.
01:01Kerugian berkenaan merangkumi kerusakan kediaman, kenderaan, primis perniagaan dan perindustrian, sektor pertanian, aset awam serta infrastruktur.
01:10Laporan Bank Negara Malaysia menganggarkan Malaysia boleh mengalami kerugian sehingga 4.1% daripada keluaran dalam negara kasar menjelang 2030
01:18berdasarkan senario banjir dengan tempoh ulangan 20 tahun.
01:22Peningkatan jumlah hujan dan perubahan iklim turut meningkatkan risiko banjir dengan kejadian yang sebelum ini berlaku sekali dalam 100 tahun,
01:29dijangka boleh berlaku setiap 50 atau 25 tahun.
01:33Selain projek mitigasi, ekosistem pengurusan banjir yang menyeluruh turut memerlukan data risiko yang mudah diakses, strategi penyesuaian jangka panjang dan
01:42perlindungan insurans atau takaful yang lebih meluas.

Recommended