Skip to playerSkip to main content
  • 10 minutes ago
Perikatan Nasional akan mencabar kesahihan perintah pembatalan pendaftaran gabungan itu oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan memohon supaya pelaksanaannya ditangguhkan sementara menunggu penentuan mahkamah pada Khamis ini,
Transcript
00:00Perikatan Nasional akan mencabar kesahihan Perintah Pembatalan Pendaftaran Gabungan itu oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ROS dan memohon supaya pelaksanaannya ditangguhkan
00:09sementara menunggu penentuan mahkamah pada Khamis ini.
00:13Setiausaha agungnya, Datuk Syirita Qudin Hassan berkata, gabungan itu akan mengambil semua tindakan yang sewajarnya melalui tindakan undang-undang bagi
00:22mencabar keputusan berkenaan.
00:26Beliau turut menggesa Peguam Negara memberikan penjelasan berhubung tindakan berkenaan, khususnya pendirian jabatannya di mahkamah ketika pendengaran permohonan penangguhan PN
00:37pada 22 Oktober ini.
00:40Pembatalan Pendaftaran Perikatan Nasional, penyalahgunaan kuasa yang nyata oleh kerajaan yang ketakutan.
00:51Para pertama, pada hari ini 20 Oktober tahun 2026, Pendaftar Pertubuhan Malaysia telah membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional.
01:01Hanya dua hari sebelum Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijadualkan mendengar permohonan Perikatan Nasional untuk menangguhkan tindakan pendaftar mengeluarkan notis ketidakpatuhan
01:15dan menggantung semua aktiviti Perikatan Nasional.
01:19Keputusan untuk bertindak sebelum pendengaran tersebut menimbulkan persoalan serius tentang tujuan penggunaan kuasa ini dan penghormatan kerajaan terhadap proses kehakiman
01:33di mahkamah.
01:34Beliau berkata permohonan yang akan didengar pada Khamis ini turut berkait dengan kepentingan pengundi menjelang pilihan raya negeri Melaka pada
01:4314 November depan.
01:44Beliau mendakwa tindakan berkenaan berpotensi menjejaskan pilihan pengundi yang mahu memberikan sokongan kepada PN.
01:51Mengulas peruntukan undang-undang berkaitan, beliau berkata Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966 membolehkan pihak yang terkilan dengan keputusan pendaftar pertubuhan
02:02mengemukakan rayuan kepada Menteri Dalam Negeri dalam tempoh 30 hari daripada tarikh keputusan.
02:12Keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia ROS membatalkan pendaftaran Parti Perikatan Nasional PN membuktikan kepimpinan gabungan itu yang diteraji PAS telah
02:22melanggar Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Parti Berkenaan.
02:26Setiausaha Agong Bersatu, Datuk Sri Azmin Ali berkata, alasan dan keterangan yang diberikan PAS ketika siasatan ROS dijalankan didapati tidak
02:36berasas serta tidak memenuhi kehendak undang-undang dan perlembagaan PN.
02:41Menurutnya, tindakan kepimpinan PN menafikan hak bersatu untuk menghadiri, memberi pendapat dan mengundi dalam mesyuarat majlis tertinggi PN pada 16
02:53Julai 2026 merupakan pelanggaran serius terhadap fasal 7.1 Perlembagaan PN.
03:01Jelasnya, tindakan itu membawa kesan besar terhadap masa depan gabungan berkenaan selain mencerminkan kegagalan kepimpinannya mengamalkan prinsip tatbik urus yang
03:12baik dan telus.

Recommended