00:00Kapten Portugal Cristiano Ronaldo digantung selama 30 hari dan didenda 255 euro oleh Persekutuan Bola Sepak Portugal FPF selepas meninggalkan
00:11kem latihan pasukan kebangsaan tanpa kebenaran.
00:14Keputusan itu dibuat oleh Majlis Tata Tertib FPF, Susulan Tindakan Ronaldo meninggalkan kem latihan di Copenhagen pada 30 September lalu.
00:26Insiden itu berlaku sehari sebelum Portugal menentang Denmark dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA.
00:32Dalam keputusannya, Majlis berkenaan mendapati Ronaldo melakukan kesalahan Tata Tertib mengikut Artikel 160-1 Peraturan Tata Tertib Persekutuan.
00:42Tindakan pemain berusia 41 tahun itu dipercayai berpunca daripada pertikaian dengan Ketua Jurulatih George Jesus mengenai peranannya dalam pasukan.
00:50Ia berlaku selepas Ronaldo hanya berada di bangku simpanan ketika Portugal menewaskan Norway 2-1 pada 27 September.
00:58Dalam kenyataan sebelum ini, Ronaldo mendakwa janji mengenai masa permainan yang diberikan kepadanya tidak ditunaikan.
01:05Bagaimanapun, beliau turut memohon maaf kerana meninggalkan kem latihan tanpa kebenaran.
01:10Penyerang veteran itu turut menegaskan beliau tidak pernah mempertimbangkan untuk bersara daripada tugasan antarabangsa bersama Portugal.
01:17Setakat ini, FPF belum menjelaskan sama ada tempoh penggantungan sementara yang telah dijalani Ronaldo akan dikira sebagai sebahagian daripada hukuman
01:26penggantungan 30 hari itu.