Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Polis Kelantan menegaskan aktivis yang memperjuangkan isu pelarian Myanmar perlu memahami undang-undang dan bidang kuasa agensi penguat kuasa.
Transcript
00:00Aktivis yang memperjuangkan isu melibatkan komuniti pelarian Myanmar perlu memahami undang-undang dan bidang kuasa agensi penguatkuasa sebelum bertindak sendiri.
00:10Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Yusuf Muhammad berkata, walaupun sesuatu tindakan itu didorong niat yang baik, kekurangan pemahaman terhadap undang
00:18-undang boleh menimbulkan pelbagai masalah lain.
00:24Menurut beliau, aktiviti yang dianjurkan tanpa memahami prosedur dan peruntukan undang-undang boleh menarik kehadiran orang ramai dalam jumlah besar
00:32sehingga menyukarkan kawalan keselamatan.
00:34Muhammad Yusuf berkata isu pengurusan pelarian Myanmar bukan perkara baru kerana ia telah dibincangkan oleh kerajaan sejak berpuluh tahun dan
00:42memerlukan penyelesaian yang melibatkan dasar serta hubungan antarabangsa.
00:46Beliau berkata penghantaran pulang komuniti tersebut bukan mudah kerana ia telah melibatkan isu penerimaan oleh negara asal atau negara ketiga.
00:54Mengulas siasatan terhadap sekumpulan aktivis media sosial yang menganjurkan aktiviti melibatkan komuniti pelarian Myanmar,
01:01beliau menjelaskan polis sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada timbalan pendakwa raya.
01:07Menurutnya aktiviti yang diwar-warkan melalui media sosial itu menarik kehadiran hampir 100 orang,
01:12walaupun kumpulan penganjur hanya dianggarkan terdiri daripada 14 hingga 16 individu.
01:17Beliau berkata keadaan itu menyukarkan kawalan orang ramai dan turut menyaksikan kejadian Samun membabitkan seorang pelarian Myanmar dengan kerugian rantai
01:25emas melebih RM1,000.
01:27Muhammad Yusuf turut memaklumkan terdapat kira-kira 8,021 pelarian Myanmar di Kelantan dan polis sentiasa menjalankan pemantauan melalui risikan
01:36di setiap daerah.

Recommended