Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Transaksi BNPL mencecah 173.9 juta pada separuh pertama 2026. Golongan muda menyumbang hampir 40 peratus penggunaan, manakala tunggakan kekal rendah pada 3.3 peratus daripada baki pembiayaan.
Transcript
00:00Bilangan transaksi skim beli sekarang bayar kemudian BNPL meningkat 23.9% kepada 173.9 juta transaksi pada separuh pertama
00:15tahun ini berbanding 140.4 juta separuh kedua 2025.
00:20Kementerian Kewangan MOF berkata berdasarkan data dipantau Suruhanjaya Kredit Pengguna SKP nilai transaksi BNPL turut meningkat 22.5% kepada
00:3214.7 bilion ringgit berbanding 12 bilion ringgit dalam tempoh sama.
00:39MOF berkata seiring dengan pertumbuhan penggunaan BNPL pada 30 Jun 2026 bilangan pemegang akaun aktifnya turut meningkat sebanyak 22.7
00:49% kepada 9.2 juta pengguna
00:52manakala jumlah baki terkumpul pembiayaan BNPL ialah sebanyak 6.6 bilion ringgit.
00:58Bagaimanapun jumlah tidak berbayar BNPL adalah masih terkawal iaitu sebanyak 220.4 juta ringgit atau 3.3% daripada jumlah
01:09baki terkumpul BNPL.
01:11MOF memaklumkan demikian dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesama Parlimen pada Selasa.
01:16Ia bagi menjawab soalan Muhammad Syahir Cik Sulaiman PN Bacok mengenai perkembangan terkini penggunaan dan tunggakan BNPL dan langkah seluruhan
01:25jaya kredit pengguna untuk mengawal risiko keberhutangan berlebihan khususnya dalam golongan muda dan berpendapatan rendah.
01:32MOF berkata daripada keseluruhan jumlah transaksi BNPL ini golongan muda menyumbang hampir 40% daripada keseluruhan penggunaan BNPL
01:41manakala berdasarkan tinjauan SKP, golongan berpendapatan rendah merangkumi lebih kurang 70% daripada jumlah keseluruhan pengguna aktif BNPL.
01:51Bagi melindungi pengguna kredit daripada berhutang melebihi kemampuan mereka, SKP mewajibkan penyedia skim BNPL menjalankan penilaian kelayakan kredit dan kemampuan
02:02berhutang sebelum sesuatu pembiayaan diluluskan.

Recommended