Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Polis menahan 17 lelaki dan menumpaskan empat kumpulan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan samun serta kecurian kabel ECRL, TM dan TNB.
Transcript
00:00Polis berjaya menempaskan empat kumpulan jenayah yang disyaki terlibat dalam kegiatan samun dan kecurian kabel milik East Coast Rail Link
00:08ICRL, Telekom Malaysia, TM dan Tenaga Nasional Berhad TNB.
00:12Ketua Polis Daerah Temerluh SCP Muhammad Nasim Bahrun berkata, seramai 17 lelaki tempatan berusia antara 20 hingga 60 tahun ditahan
00:22dalam operasi yang dijalankan di sekitar Temerluh dan Mentakap sejak 12 Oktober lalu.
00:30Menurut beliau, sepanjang September hingga Oktober, polis menerima laporan berhubung dua kes samun store simpanan kabel ECRL dan lima kes
00:38kecurian kabel TM di Temerluh mentakap dan lancang.
00:42Jumlah kerugian yang dialami oleh pihak ECRL dan TM bagi kesemua kes tersebut dianggarkan mencecah RM75,000.
00:50Antara kumpulan yang berjaya ditumpaskan ialah geng Ravi yang dipercayai terlibat dalam kecurian besi dan kabel di tapak projek serta
00:57kilang terbiar sejak Julai lalu.
00:59Polis terus menumpaskan geng kepala yang disyaki terlibat dalam kes kecurian kabel TNB di store simpanan kilang dan kawasan tepi
01:07jalan di sekitar Mentakap.
01:08Sementara itu, seorang suspek yang dipercayai anggota geng Danny juga ditahan kerana disyaki mencuri kabel TM manakala geng Mista ditumpaskan
01:16dalam operasi berasingan awal pagi Isnin.
01:18Semasa operasi tersebut, polis terus merampas sebuah lori pelbagai jenis kenderaan, kabel milik ECRL, TM dan TNB, besi tiang serta
01:27peralatan yang digunakan untuk memotong dan memproses kabel curi.
01:31Kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan, Seksyen 431A Kanun Keseksaan serta Seksyen 235 Kurungan 2 Akta
01:42Komunikasi dan Multimedia 1998.

Recommended