00:00yang berteraskan Humanizing Housing, kerajaan committed, memastikan penyediaan perumahan bukan saja mampu dimiliki tetapi juga berkualiti selesa dan sesuai dengan
00:11keperluan rakyat.
00:12Dalam hubungan ini, kemampuan perumahan tidak boleh dinilai berdasarkan kepada harga semata-mata.
00:18Sebaliknya, perlu mengambil kira saiz, kualiti, lokasi dan daya huni supaya rumah yang disediakan benar-benar memenuhi keperluan isi rumah
00:26pada setiap peringkat kehidupan.
00:28Kerajaan mengambil perhatian terhadap isu yang telahpun dibangkitkan mengenai keadaan apabila harga kediaman meningkat sedangkan saiz unit yang ditawarkan semakin
00:38kecil,
00:39khususnya di kawasan bandar dan pinggir bandar yang berhadapan dengan kos tanah dan pembangunan yang tinggi.
00:45Walaubagaimanapun, penyediaan unit yang lebih kompak tidak semestinya menjejaskan keboleh diaman sekiranya reka bentuk dan saiznya bersesuaian dengan keperluan kumpulan
00:56sasar
00:56seperti mana individu bujang, pasangan muda ataupun warga emas.
01:01Yang penting, pengecilan saiz tidak seharusnya mengorbankan keselesaan, fungsi dan kualiti kehidupan penghuni.
01:08Bagi memastikan perkara ini, penyediaan perumahan pada masa ini dipandu oleh beberapa instrumen.
01:14Standar Perumahan Kebangsaan CIS 26 2019 menyediakan panduan berkaitan perancangan reka bentuk dan pembinaan perumahan berkualiti.
01:23Manakala Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984, UBBL menetapkan keperluan minimum bagi ruang tertentu dalam sesebuah kediaman.
01:33Perancangan pembangunan perumahan juga tertakluk kepada rancangan pemajuan dan garis panduan perancangan yang berkuat kuasa di peringkat negeri dan juga
01:42pihak berkuasa tempatan masing-masing.
01:44Bagi perumahan yang disediakan kerajaan, aspek daya huni ini telah pun diberikan pendekanan melalui penambahbaikan program residensi rakyat dengan penetapan
01:53keluasan minimum 750 kaki persegi.
01:56Pada masa yang sama, pendekatan baru seperti mana perumahan inklusif madani mengambil kira penyediaan kediaman dalam pelbagai saiz dan reka
02:05bentuk supaya lebih responsif kepada keperluan kumpulan sasar yang berbeza.
02:10Untuk makluman Tuan Neni Pertua dan Alian Berhormat, bagi rumah mampu milik yang dibangunkan oleh sektor swasta,
02:16penetapan saiz dan spesifikasi turut tertakluk kepada dasar serta syarat yang ditentukan oleh kerajaan negeri dan juga pihak berkuasa tempatan.
02:24Justru cadangan untuk mewajibkan satu saiz lantai minimum yang seragam di seluruh negara perlu diteliti secara menyeluruh dengan mengambil kira
02:33perbezaan harga tanah,
02:34kos pembangunan, lokasi, jenis kediaman dan keperluan isi rumah supaya ketetapan tersebut tidak akhirnya meningkatkan kos pembangunan dan harga rumah
02:43itu sendiri kepada para pembeli.
02:45Secara dasarnya, saiz atau keluasan minimum rantai rumah yang dibina adalah antara 600 kaki persegi untuk satu bilik tidur dan
02:55700 kaki persegi untuk dua bilik tidur dan 800 kaki persegi bagi tiga bilik tidur
03:00dengan penetapan harga rumah mampu milik mengikut lokaliti dan negeri masing-masing.
03:06Selaras dengan halatuju dasar perumahan negara 2026-2035,
03:10pendekatan kerajaan adalah untuk bergerak daripada konsep one size fits all kepada penyediaan perumahan yang lebih berasaskan keperluan dan profil
03:20isi rumah.
03:21Ini bermakna saiz rumah perlu bersesuaian dengan sesiapa yang mendiaminya tanpa berkompromi terhadap standar minimum, keselamatan, keselesaan dan juga keboleh
03:31diaman.
03:32Kehadapan, kementerian ini akan terus meneliti dan memperkukuhkan garis panduan berkaitan penyediaan rumah mampu milik bagi memastikan terdapat keseimbangan di
03:42antara harga, saiz, kualiti dan juga lokasi.
03:44Matlamat kerajaan bukan sekadar memastikan rakyat mampu membeli sebuah rumah, tetapi adalah bagi memastikan rumah yang mampu dibeli itu juga
03:53mestilah selesa, sesuai untuk didiami dan memenuhi keperluan kehidupan mereka.
03:58Terima kasih Tuan Yang Duput Tuhan.