Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
MOF meluluskan tambahan RM500 juta kepada KKDW selepas komitmen projek jalan luar bandar melebihi peruntukan.
Transcript
00:00Kementerian Keuangan MOF meluluskan peruntukan tambahan RM500 juta
00:04kepada Kementerian, Kemajuan Desa dan Wilayah KKDW
00:08selepas ia berbelanja lebih daripada peruntukan bagi projek luar bandar tahun ini.
00:15Perdana Menteri dan juga Menteri Keuangan, Datuk Sri Anwar Ibrahim berkata
00:18peruntukan tambahan itu diluluskan menerusi pengenalpastian penjimatan
00:24daripada perbelanjaan pembangunan kementerian lain.
00:30Pada 10 September lalu, MOF turut mengarahkan KKDW menggantung pengeluaran
00:35Surat Setuju Terima SST Baharu bagi projek jalan luar bandar untuk mengelak tunggakkan
00:40bayaran terus meningkat. Katanya KKDW telah membuat komitmen dan membelanjakan
00:45peruntukan melebihi jumlah asal yang diluluskan menerusi belanjawan tahunan
00:49bagi projek jalan luar bandar sejak beberapa tahun lalu sekaligus menyebabkan
00:53tunggakan dan kelewatan pembayaran kepada kontraktor.
00:56Dalam hal ini katanya, kerajaan meningkatkan penentukan tahunan bagi projek jalan luar bandar
01:02kepada lebih RM2 bilion menerusi belanjawan 2026 dan belanjawan 2027.
01:07Bagaimanapun ujah beliau, jumlah itu masih tidak mencukupi untuk menampung
01:12komitmen kontrak sedia ada kementerian berkenaan.
01:14Dalam jawapan bertulis, bagi menjawab pertanyaan Lim Guan Eng, PH Bagan, Perdana Menteri
01:19turut mengalumkan MOF meminta KKDW menyediakan unjuran keperluan pembiayaan projek jalan luar bandar
01:25sehingga akhir tahun ini.
01:27Bagi 2027, berdasarkan kontrak yang sudah diberikan, bagi menentukan jumlah tambahan
01:32dana yang diperlukan, Guan Eng bertanya mengenai tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab
01:37berhubung dawaan pelanggaran prosedur keuangan, membabitkan perbelanjaan
01:41melebihi peruntukan berjumlah RM2.1 bilion antara 2023 hingga 2025.

Recommended