00:00Untuk maklumat yang berhormat, Kementerian Belia dan Sukan KBS sentiasa terbuka untuk meneliti cadangan menjadikan Parlimen Bukit Ganteng sebagai projek
00:09perintis pembangunan sukan permotoran, sukan lasak dan isukan luar bandar.
00:13Sebagai langkah awal, Pejabat Parlimen Bukit Ganteng boleh mengesyorkan persatuan isukan yang berkeupayaan serta mencadangkan lokasi yang bersesuaian melalui Jabatan
00:22Belia dan Sukan Negeri Perak untuk penyelarasan bersama pihak berkaitan.
00:26Dan bagi pembangunan sukan permotoran, Kementerian menggalakkan kerjasama dengan Persatuan Sukan Permotor Malaysia MAM dalam pelaksanaan khusus teknikal latihan keselamatan
00:36dan perlombaan peringkat kelab di samping mendapatkan khidmat nasihat berkaitan perundangan dan perganjuran.
00:42Langkah ini dapat membantu membudayakan aktiviti sukan permotoran yang lebih selamat, terkawal dan berdisiplin.
00:47Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak juga boleh membantu persatuan mendapatkan panduan permohonan dana sukan KBS tertakluk kepada syarat dan
00:56pertimbangan kelulusan.
00:57Dan bagi isukan pula, klinik asas dan kejahatan komuniti boleh dicadangkan dengan memanfaatkan kemudahan sedia ada serta meneliti kerjasama dengan
01:06e-sport integrated ataupun ESI.
01:07Dan dari aspek fasiliti, keutamaan KBS pada masa ini adalah memastikan lita antarabangsa Sepang, lita gokart Sepang serta lita lumba
01:17dan motocross tangkak Johor di bawah seliaan KBS berada dalam keadaan selamat, berfungsi dan dimanfaatkan secara optimum.
01:24Dan bagi kemudahan milik pihak lain, tanggungjawab pembangunan, naik taraf, pengoperasian dan penyelenggaraan terletak pada pemilik ataupun pengendali berkenaan.
01:33KBS berpendangan bahawa penyediaan kemudahan sukan berpermotoran yang selamat dan bersesuaian memerlukan usaha kolektif serta kerjasama pelbagai pihak.
01:42Khususnya kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, badan sukan dan sektor swasta.
01:47Dan kerjasama ini penting bagi memastikan kemudahan yang disediakan dapat diurus dan diselenggara dengan secara berterusan serta dimanfaatkan secara optimum
01:55oleh komuniti setempat.
01:57Sekian terima kasih.