Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Menteri Ekonomi Datuk Akmal Nasrullah Mohd Nasir memaklumkan PMKS yang mencatat hasil jualan bawah RM50 juta akan dikecualikan sementara daripada pelaksanaan gaji minimum RM2,000 mulai Jun 2027. Langkah itu bagi memberi ruang kepada syarikat menyesuaikan operasi tanpa menjejaskan pekerjaan dan pada masa sama melindungi kebajikan pekerja.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dalam benda itu, Menteri Ekonomi Dato' Akmal Nasrullah Muhammad Nasir memberi jaminan pelaksanaan gaji minimum RM2,000 sebulan mulai Jun
00:07tahun depan tidak akan memberi kesan besar kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana atau PMKS.
00:14Jelasnya, kerajaan memberi pengecualian sementara kepada PMKS yang mencatat hasil jualan tahunan di bawah RM50 juta bagi memastikan pelaksanaan dasar
00:24itu berjalan lancar.
00:25Bagi memastikan kenaikan kadar gaji minimum ini tidak membebankan perusahaan mikro, kecil ataupun sederhana, PMKS yang merangkumi 8.09 juta
00:41pekerja atau 48.7% daripada keseluruhan tenaga kerja,
00:46PMKS dengan hasil jualan di bawah RM50 juta akan dikecualikan bagi memberi ruang kepada mereka untuk penyesuaian model perniagaan.
00:59Menurutnya, langkah ini penting supaya majikan dapat menyusun semula kewangan mereka dan memastikan operasi perniagaan berjalan tanpa perlu mengambil langkah
01:07drastik termasuk pemberhentian pekerja.
01:09Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Serigading, Dato' Aminul Huda Hassan mengenai mekanisme kerajaan bagi memastikan pelaksanaan gaji minimum RM2,000
01:18mulai Jun 2027
01:20tidak menyebabkan pengurangan pekerja, kenaikan harga barangan atau peningkatan kos operasi perusahaan kecil.
01:26dan menyebabkan pengurangan dan menyebabkan pengurangan berjalanan dan menyebabkan pengurangan.
01:26Sekarang, kemudian menyebabkan pengurangan acceptable.
01:26Tetapi, langkah ini ada peningkatan kosong.

Recommended