Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dikenakan denda AS$1,750 (kira-kira RM7,149) oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) susulan pelanggaran peraturan ketika perlawanan kelayakan Piala Asia Bawah 20 Tahun (B-20) 2027.
Transcript
00:00Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM dikenakan denda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia AFC susulan pelanggaran peraturan ketika kempen kelayakan Piala
00:08Asia bawah 20 tahun 2027.
00:10Menurut keputusan Jawatankuasa Disiplin dan Etika AFC, FAM didenda sebanyak $1,750 AS bersamaan kira-kira RM7,100 selepas kuat
00:23bawah 20 tahun negara menyebabkan permulaan babak kedua lewat 1 minit 24 saat dalam perlawanan menentang Laos pada 6 September
00:31lalu.
00:35AFC mengarahkan denda berkenaan dijelaskan dalam tempoh 30 hari selaras dengan kod disiplin dan etika badan bola sepak Asia.
00:43Sementara itu, tonggak pertahanan Johor Darul Takzim, Adi Israfilov turut dikenakan tindakan disiplin selepas dilayangkan kad merah ketika aksi Liga
00:52Juara-Juara Asia Elite menentang Buriram United pada 15 September lalu.
00:57Pemain berusia 34 tahun itu digantung dua perlawanan termasuk penggantungan automatik satu perlawanan kerana melakukan kekasaran terhadap pemain lawan.
01:07Beliau turut dikenakan denda $2,000 AS atau kira-kira RM8,170 yang perlu dijelaskan dalam tempoh 30 hari.
01:16Terima kasih telah menonton!

Recommended