Skip to playerSkip to main content
  • 14 minutes ago
Fifty-three existing tenants — comprising 49 places of worship and four government-aided schools situated on land owned by the Railway Assets Corporation (RAC) — have been granted a special rental rate of RM1 per month, effective October 1, Transport Minister Anthony Loke announced.

Read more at https://tinyurl.com/2fb7hps8

WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline

Category

🗞
News
Transcript
00:00Maka hari ini, selepas mendapat kelurusan daripada pihak lembaga pengarah RAC,
00:05maka saya dengan sukacitanya menyatakan bahawa kita telah pun membuat satu keputusan
00:10untuk menyeraraskan kadar sewa kepada semua rumah ibadat dan sekolah
00:17yang berada di sepanjang jajaran landasan kereta P KTMB
00:23di bawah satu usaha CSR, Corporate Social Responsibility.
00:28Maka dengan sukacitanya, saya mengumumkan bahawa kadar sewa khas ini ditentukan,
00:35ditetapkan pada RM1 sebulan.
00:42RM1 sebulan.
00:45Ini tak boleh lagi rendah lah.
00:47Yang paling rendah dah.
00:49RM1 sebulan sahaja.
00:51Saya tahu sekarang ada yang bayar RM100, ada yang bayar RM200, ada yang bayar RM500.
00:54Jadi, kita semua standardize bermula 1 Oktober, RM1 sebulan nominal untuk semua.
01:02Jadi, ini ada mungkin tanya, mengapa tak bagi percuma sahaja?
01:10RM1 ini adalah untuk memberikan jaminan kepada tuan-tuan dan puan-puan.
01:13Kerana apabila ada bayaran nominal RM1, anda adalah penyewa yang sah dari segi undang-undang.
01:20Itu untuk memberikan juga satu perlindungan, jaminan, keabsahan kepada rumah-rumah ibadat tersebut
01:28sebagai penyewa yang sah dari segi undang-undang dengan RAC.
01:32So, itu reason dia.
01:34Dan kita amat suka cita mengatakan bahawa, bermula 1 Oktober ini.
01:39Jadi, this month.
01:40Beginning this month.
01:42Apa yang sebelum ini, bayar tak boleh tutup balik lah.
01:44Itu saya mohon maaf lah.
01:46Sebab dari segi tata cara kewangan, kerajaan suka untuk kita kembalikan apa yang terdapat dibayar kepada kerajaan.
01:52Tetapi, bermula 1 Oktober, itu bulan ini juga.
01:57Kalau kita tak mula bulan ini, tak berani jemput semua datang hari ini.
02:01Kita bermula bulan ini dan kita nak bagi juga satu lagi kepastian kepada tuan-tuan dan puan-puan.
02:09Tempoh sewaan pula akan ditentukan untuk 3 tahun, option lanjutan selama 3 tahun dan 3 tahun berikutnya.
02:17Maksudnya, 9 tahun.
02:22Untuk kadar ini.
02:25Tetap lho kepada tema dan syarat perjanjian serta keperluan pengurusan aset RAC.
02:30Jadi, ini yang kita boleh buat di bawah kerangka peraturan dan bidang kuasa kita.
02:36Ada yang mungkin tanya, mengapa tak bagi jangka panjang?
02:39Sebab ada juga kuil, tokong yang pernah tanya, boleh tak kita minta satu perjanjian sewa yang lebih panjang, katakan 30
02:48tahun.
02:48Kita cuba, tetapi kita ada kekangan dari segi undang-undang tanah kita.
02:54Sebab ini adalah tanah rezab.
02:57Dia bukannya tanah title land.
03:00Kalau tanah title land di bawah RAC, kita boleh bagi satu perjanjian yang lebih jangka panjang.
03:05Tetapi ini adalah tanah rezab.
03:07Tanah rezab maksudnya, kalau ada keperluan kita perlu guna.
03:11Jadi, tanah rezab ini, kita bagi tiga tahun, tetapi kita tetapkan satu dasar.
03:16Three plus three plus three.
03:18Maksimum.
03:19Sembilan tahun tak ada apa-apa perubahan.
03:21Dari segi kadar sewa dan dari segi kepastian.
03:24Kecuali kalau ada keperluan untuk digunakan untuk pembangunan.
03:27Jadi, ini yang saya harap semua pengurusan rumah ibadat memahami perkara ini.
03:33Dan dapat kita bagi satu kepastian kepada rumah-rumah ibadat dan juga sekolah-sekolah yang terlibat.
03:41Untuk makluman semua, terdapat 53 penyewa sedia ada dan akan menerima manfaat daripada kadar khas ini.
03:49Iaitu 49 rumah ibadat dan 4 buah sekolah bantuan modal.
03:54Jadi, ini semua kita berikan untuk memastikan supaya kita ada satu kepastian kepada rumah-rumah ibadat ini.
04:06Dan kita harap ini dapat kita manfaatkan.
04:08Dan inilah satu CSR yang cuba dilaksanakan oleh RIC.
04:13Dan saya berharap pihak jawatankuasa, pengurusan rumah-rumah ibadat dan juga sekolah dapat menerima surat tawaran pada hari ini.
04:26Dan apabila balik untuk memaklumkan kepada jawatankuasa dan komuniti setempat bahawa ini satu usaha yang kita laksanakan.
04:43Terima kasih telah menonton!

Recommended