00:00Kementerian Penggunaan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM kini berada dalam fasa akhir untuk memuktamadkan pengubalan rang undang-undang berkaitan pelindungan
00:10warga emas bagi memperkukuh kebajikan dan melindungi golongan ini daripada pengabayan, perderaan dan juga eksploitasi.
00:18KPWKM menggunakan ruang dan peluang yang ada sebaik mungkin untuk mendapatkan input daripada pelbagai pihak menerusi pendekatan whole of government
00:27and whole of society approach dengan izin.
00:30Proses konsultasi yang meluas ini melibatkan pelbagai kementerian dan agensi di peringkat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri serta badan bukan kerajaan
00:40ataupun NGO.
00:41Di samping itu, suara rakyat di peringkat akar umbi turut dirundingi menerusi pelaksanaan tinjauan awam bagi memastikan RUU ini mencerminkan
00:52keperluan sebenar masyarakat.
00:55Proses libat urus ini mengambil sedikit masa yang lebih panjang kerana kerajaan komited untuk meneliti pelbagai perkara dan cadangan baharu
01:04yang dikemukakan oleh para pemegang taruh.
01:06Pada masa yang sama, ada juga beberapa pemegang taruh yang terlibat dalam sesi libat urus yang dirujuk dan dirundingi lebih
01:16daripada satu sesi.
01:18Penelitian rapi dan mendalam ini amat penting bagi memastikan RUU yang dihasilkan kelak benar-benar komprehensif, sesuai dengan keperluan semasa
01:28dan yang paling utama boleh dilaksanakan secara teratur.
01:33Ingin saya tegaskan bahawa perlindungan kebajikan warga emas tidak pernah terhenti, sementara menunggu RUU ini dimuktamadkan.
01:42Hak dan keselamatan mereka kekal dilindungi di bawah peruntukan, perundangan dan mekanisme sedia ada.
01:49Seperti saya ambil contoh, Kanun Keseksaan dan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 bagi kes penderaan dan keganasan.
01:58Akta Orang Kurang Upaya 2008 bagi warga emas OKU serta saluran intervensi menerusi talian kasih 15999 yang disediakan oleh KPWKM.
02:10Sementara itu, apabila membincangkan perlindungan sosial, konsepnya adalah jauh lebih luas daripada sekadar bantuan uang.
02:19Dalam piawaian antarabangsa, ekosistem perlindungan sosial dibentuk merangkumi tiga bidang utama,
02:26iaitu bantuan sosial, insurans sosial, intervensi pasaran buruh.
02:32Dalam konteks Malaysia, ekosistem ini diselaras secara bersepadu di bawah Majlis Perlindungan Sosial Malaysia, MySPC,
02:40yang dipengerusikan oleh Ahmad Berhormat Perdana Menteri dan diurus setiakan oleh ICU JPM.
02:46Puan Deputua, izinkan saya teruskan untuk tiga orang ini.
02:50Jadi ini juga penting untuk kita bersama yang akan menjangka umur yang 60 tahun nanti.
02:55Jadi, terima kasih Puan Deputua, senyum Puan Deputua.
02:58Dalam konteks Malaysia, ekosistem ini selaras secara bersepadu di bawah Majlis Perlindungan Sosial tadi,
03:04di bawah ICU. Ini dipengusikan oleh yang Ahmad Berhormat Perdana Menteri sendiri.
03:09Memandang ketiga bidang ini merangkumi pelbagai aspek kehidupan warga emas,
03:15ia melibatkan kepakaran dan bidang kuasa pelbagai agensi termasuklah seperti Kementerian Keuangan,
03:21Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan, Kementerian Perumahan dan Kerjaan Tempatan,
03:27Plan Malaysia serta Kementerian Pengangkutan.
03:29Khusus di bidang KPWKM, jaringan pelindungan diterjemahkan antaranya melalui penyaluran bantuan warga emas,
03:37iaitu bantuan keuangan bersasar sebanyak RM600 sebulan kepada mereka yang layak.
03:43Kita juga ada pengoperasian 234 buah pusat aktiviti warga emas, iaitu PAWE,
03:49setakat tahun ini bagi menggalakkan penuaan aktif lebih 50 ribu orang ahlinya.
03:55Program Hidmat Bantu di Rumah, KBDR, yang pada masa ini membantu lebih 9 ribu warga emas,
04:02menerusi khidmat lebih 2 ribu sukarelawan terlatih.
04:05Kita ada juga pengoperasian institusi-institusi warga emas JKM sebagai jaringan keselamatan terakhir,
04:12dan membangunkan pelan tindakan warga emas negara PTWEN 2026-2030 ke rangka strategik dan pelan tindakan penjagaan Malaysia 2026-2030,
04:25serta latihan kompetensi penjaga di bawah RMK13.
04:29Menerajui langkah persediaan jangka panjang negara, rangka tindakan penuaan kebangsaan ataupun National Aging Blueprint,
04:37dengan izin itu NAB, dibangunkan secara komprehensif oleh Kementerian Ekonomi.
04:42NAB akan bertindak sebagai dokumen panduan strategik utama yang menetapkan halatuju menyeluruh negara
04:50bagi mempersiap Malaysia menghadapi fasa negara tua.
04:54KPWKM kekal bertekad dan komited untuk memainkan peranan terasnya,
04:59terutamanya dalam pengukuhan, perkhidmatan, perjagaan jangka panjang ataupun dengan izin long-term care LTC,
05:07bantuan sosial dan pemeriksaan komuniti bagi menyokong kerajaan mencapai hasil terbaik
05:12demi kesejahteraan warga emas di Malaysia.
05:15Sekian terima kasih.
05:16Terima kasih, Mbak Menteri.
05:17Silakan, Puan Rodiah Binti Sapi'i, Batang Sadung.
05:22Terima kasih, YB Menteri, atas jawapan yang diberikan.
05:26Batang Sadung mengalu-alukan RUU penjagaan ibu bapa ini dibentangkan di parlimen dalam masa terdekat
05:37dan saya pun mendengar banyak inisiatif berkaitan dengan warga emas dinyatakan tadi.
05:45Jadi, Batang Sadung ingin menyentuh satu perkara yang sangat dekat dengan kehidupan keluarga
05:51iaitu beban menjaga ibu bapa yang semakin berusia dan memerlukan penjagaan harian.
06:00Bagi keluarga berpendapatan rendah dan sederhana,
06:05kos penjagaan ini boleh menjadi beban yang besar khususnya kepada keluarga ataupun anak-anak yang menjadi penjaga utama.
06:13Jadi, soalannya, apakah bentuk sokongan yang sedang kalau ada dan akan disediakan oleh kerajaan kepada family caregivers
06:24termasuk bantuan sama ada kewangan, sokongan penjagaan di rumah,
06:29serta sokongan kesihatan ataupun psikologi.
06:34Psikosocial tidak menjadi beban yang terlalu berat kepada keluarga khususnya apabila kita, Malaysia, menuju ke arah negara menua.
06:44Jadi, sekian terima kasih.
06:46Silakan, Mbak Menteri.
06:48Terima kasih, Mbak Mbak Batang Sadung. Terima kasih, Puan dan Pertua.
06:52Terima kasih kepada penama yang lain juga bertanya.
06:56Berhubung perkara ini, ingin saya tegaskan bahawa KPWKM berpegang teguh dengan pendirian bahawa penjagaan terbaik bagi warga emas adalah di
07:05samping keluarga tersayang.
07:07Kementerian sentiasa memberi penekanan kepada prinsip penjagaan berasaskan keluarga ataupun family-based care dengan izin
07:14dan menerapkan konsep penuaan setempat ataupun aging in place.
07:19Mesej kerajaan adalah jelas.
07:21Tanggungjawab menjaga warga emas bukanlah beban yang dipindahkan sewenang-wenangnya.
07:26Sebaliknya, institusi kekeluargaan merupakan benteng utama penjagaan.
07:31Manakala, kemasukan ke institusi jagaan warga emas adalah jalan terakhir selepas semua usaha sokongan di peringkat keluarga dan komuniti dibuat.
07:41Kerajaan bukan hanya menyediakan bantuan dan sokongan menerusi KPWKM dan JKM sahaja,
07:47tetapi perkhidmatan kerajaan ini turut disampaikan melalui pelbagai kementerian dan agensi agar warga emas dapat terus menua dengan sejahtera,
07:58selamat dan bermartabat di kediaman mereka sendiri bersama ahli keluarga.
08:03Selain daripada bantuan kebajikan dan perkhidmatan yang disediakan oleh KPWKM dalam jawapan pertama saya tadi,
08:11kerajaan menerusi pelbagai agensi terus menyediakan sokongan seperti berikut.
08:16Pertama, bagi insentif perumahan dan mobiliti di bawah dasar perumahan negara yang dibangunkan oleh KPKT.
08:22Kerajaan menyediakan grant pengubahsuaian rumah mesra warga emas dan OKU,
08:27manakala diskaun tambang pengangkutan awam antara 30% hingga 50% diberikan kepada warga emas bagi meringankan beban tambang harian.
08:37Kedua, untuk sektor kesihatan komuniti, Kementerian Kesihatan menyediakan perkhidmatan rawatan domiciliary,
08:43rawatan kesihatan ke rumah, penjagaan palliatif serta projek rentis ataupun integrated care for older people ataupun ICOP.
08:51Bagi memelihara kesihatan mental, emosi dan hubungan intergenerasi keluarga serta intervensi psikosocial keluarga,
09:00KPWKM menerusi LPPKN membangunkan program keibubapaan datuk nenek,
09:06grant parenting bukan saja ibu bapa saja sekarang ini termasuk grant parenting
09:10bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan merintas generasi, disokong oleh program terapi kesunyian.
09:17Selain itu, KPWKM menerusi JKM mengadakan program Rhythm ataupun Ritma Kehidupan Harmoni
09:24untuk memperkukuh kesejahteraan sosial, kesihatan dan terapi warga emas.
09:29Manakala program ziarah kasih dan sukarelawan YKN juga dilaksanakan di peringkat akar umbi
09:35untuk pemantauan dan sokongan emosi warga emas.
09:38Banyak yang kita lakukan dalam batang sadung.
09:41KPWKM turut memberi tumpuan kepada langkah konkret jangka panjang,
09:45menerusi usaha memprofesionalkan penjagaan, menerusi kerangka strategik
09:50dan pelan tindakan penjagaan Malaysia 2026 hingga 2030.
09:54Antara fokus yang diberikan adalah kepada latihan berstruktur dan peningkatan kompetensi
10:01para penjaga bagi memastikan penjagaan berkualiti dapat diberikan secara cekap
10:07dan sokongan penjaga keluarga iaitu caregiver, support dan izin.
10:11Bagi mengukuh penjagaan KPWKM,
10:14giat melaksanakan latihan kepada penjaga terutama warga emas
10:17menerusi Institut Sosial Malaysia ISM,
10:21KPWKM menyasarkan latihan seramai 2,000 pada tahun ini.
10:26Kesimpulannya, kerajaan memang komited membina ekosistem penjagaan yang inklusif
10:31agar ahli keluarga mendapat sokongan bantuan kebajikan,
10:35fasiliti dan emosi yang sewajarnya dalam memelihara kebajikan warga emas di Malaysia.
10:41Sekian terima kasih.
10:47Terima kasih.