Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Sejumlah RM514.855 bilion atau 39 peratus daripada keseluruhan RM1,320.776 bilion hutang Persekutuan akan matang dalam tempoh satu hingga lima tahun berdasarkan kedudukan pada 31 Disember, 2025, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sejumlah 514.855 bilion ringgit atau 39% daripada keseluruhan 1.320 triliun ringgit hutang persekutuan akan matang dalam tempoh
00:131 hingga 5 tahun berdasarkan kedudukan pada 31 Disember 2025 menurut laporan Ketua Audit Negara.
00:20Dan sejumlah 313.398 bilion ringgit atau 23.7% pula akan matang dalam tempoh 6 hingga 10 tahun manakala
00:30492.523 bilion ringgit atau 37.3% akan matang dalam tempoh 11 tahun dan ke atas.
00:38Hutang persekutuan merupakan baki hutang kerajaan persekutuan bagi pinjaman dalam negeri, pinjaman luar negeri dan bantuan luar negeri tidak termasuk
00:46hutang agensi atau syarikat kerajaan.
00:49Menurut Ketua Audit Negara, hutang persekutuan meningkat RM73.16 bilion ringgit atau 59% kepada RM1.32 triliun ringgit pada
00:582025 daripada RM1.25 triliun ringgit pada 2024.
01:03Bagaimanapun, kadar pertumbuhan hutang persekutuan menunjukkan tren menurun daripada 10.2% pada 2022 kepada 5.9% pada 2025.

Recommended