00:00Baik sekali, glasier di Switzerland terus menyusut dengan pantas selepas mencatatkan antara kehilangan ais terburuk ketika gelombang haba yang memecahkan
00:08rekod melanda Eropah.
00:10Menurut laporan Swiss Glacier Monitoring Network atau GLAMOS dan Swiss Commission for Cryosphere Observation Academy Science Switzerland pada Khamis, glasier
00:19negara itu kehilangan lebih 5% ais sepanjang tahun ini.
00:26Pengarah GLAMOS, Mathias Hus berkata keadaan itu menunjukkan dunia kini memasuki fasa baru apabila glasier semakin mencair.
00:34Menurut Hus, musim sejuk dengan jumlah salji yang terlalu sedikit ditambah suhu musim panas pada paras rekod menyebabkan pencairan ais
00:42pada skala amat besar tahun ini.
00:45Laporan itu turut menunjukkan glasier Switzerland kehilangan hampir 1.5 daripada jumlah aisnya dalam tempoh 5 tahun terakhir.
00:52Bagaimanapun, kadar kehilangan ais pada 2006 masih belum menyamai rekod tertinggi pada 2002.
00:59Menurut Hus, pada 2002 awan debu dari Afrika Utara mendap di permukaan salji dan mempercepatkan proses pencairan.
01:07LH Glacier, glasier terbesar di Switzerland mencatatkan kehilangan ais terbesar dalam sejarahnya pada tahun ini.
01:14Sementara itu, glasier di Transfluron kehilangan lebih 4 meter daripada ketebalan puratanya sepanjang 2006.
01:21Hus berkata kadar kehilangan itu sesuatu yang sukar dibayangkan hanya beberapa tahun lalu.
01:26Secara keseluruhan, saintis menganggarkan glasier Switzerland kehilangan kira-kira 2.2 triliun liter air antara Julai hingga September sahaja.
01:34Jumlah itu bersamaan lebih 4 kali ganda penggunaan air minuman tahunan isi rumah di Switzerland.
01:40Terima kasih telah menonton!
01:44Terima kasih telah menonton!