00:00Unify Business memperkukuh kedudukannya sebagai rakan pendigitalan perusahaan mikro, kecil dan sederhana PMKS dengan menawarkan ekosistem penyelesaian yang melangkaui sambungan
00:11internet termasuk pemasaran digital, penyimpanan awan, produktiviti dan keselamatan perniagaan.
00:18NAP Presiden Unify Business Dr. Muhammad Yusman Amiran berkata, industri fesyen dan kecantikan tempatan mempunyai tahap kreativiti dan potensi yang
00:28tinggi.
00:29Namun cabaran seterusnya adalah membolehkan perniagaan membina jenama dan berkembang pada skala lebih besar.
00:38Kreativiti itu ada, cuma bagaimana kita nak lonjakan perniagaan mereka.
00:42Itulah kebanyakan yang kena tumpukan kepada brand, kepada platform yang boleh scale up dengan bisnes yang lebih menarik.
00:48Menggunakan teknologi sebagai enabler bagi mereka memacu perniagaan mereka yang lebih hebat dan menarik.
00:53Scale smarter itu adalah key poinnya.
00:56So walaupun dalam keadaan yang agak kekangan-kekangan yang berada, itulah kita adakan Unify Business.
01:03Rangkaian Unify Business Broadband kini menawarkan kelajuan daripada 100 Mbps hingga 2 Mbps.
01:12Bagi memenuhi tahap penggunaan perniagaan yang berbeza, selain pilihan tambahan seperti Mesh Wi-Fi, Fixed IP dan Base 5G Wireless
01:20Backup,
01:22Unify Business turut menawarkan digital marketing solution DMS yang membolehkan perniagaan mengendalikan kempen di pelbagai platform digital,
01:30selain Unify Cloud Storage untuk penyimpanan serta capaian data secara dalam talian.
01:36Penyimpanan awan Unify Business membolehkan fail perniagaan diakses oleh pasukan dari lokasi berbeza dengan data disimpan di pusat data di
01:46Malaysia
01:46dan dilindungi melalui ciri keselamatan termasuk penyulitan hujung ke hujung.
01:51Dalam bisnes kan banyak data-data yang kita perlu simpan dan sebelum ni kami banyak menggunakan manual method dan benda
01:59tu sangat renyahlah dan membazirkan masa.
02:01Jadi dengan adanya cloud ni sangat membantu untuk simpan storage dan juga untuk kita, bila masa sahaja kita perlukan, benda
02:11tu very accessible.
02:13Unify ni sangat bantu bisnes saya kerana dengan adanya sistem internet yang bagus, saya dapat memberikan impak kepada pelanggan saya
02:21sebab sistem disepas saya menggunakan sistem tempatan online.
02:24Jadi saya perlukan data yang sangat kuat untuk mendapatkan coverage kepada pelanggan.
02:29And then at the same time, untuk produk sendiri saya ada jualan melalui online.
02:32Yang mana package yang saya ambil melalui Unify ni sangat-sangat membantu saya untuk memperkembangkan peniagaan melalui package-package plan
02:41yang disediakan.
02:43Dengan menggabungkan sambungan jalur lebar, penyimpanan awan, pemasaran digital, penyelesaian produktiviti dan keselamatan,
02:52Unify Business melihat teknologi bukan sekadar kemudahan sokongan,
02:55tetapi sebagai asas untuk membantu PMKS dalam industri fesyen dan kecantikan berkembang dengan lebih cekap dan berskala.