Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
Hidup lebih lama bermakna kita perlu merancang lebih jauh. Persediaan menuju hari tua bukan sekadar soal kewangan, tetapi turut merangkumi aspek sosial, kesihatan dan keupayaan untuk terus menyumbang kepada ekonomi serta masyarakat. Ikuti temu bual penuh bersama Puan Balqais Yusoff, Ketua Jabatan Polisi & Strategik, KWSP, mengenai persediaan membina kehidupan persaraan yang lebih sejahtera.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kita harus berpandangan lebih jauh. Bila kita membincangkan isu-isu penuaan, isu perubahan demografi, isu persaraan, isu kesuburan, dia memerlukan
00:11jaga masa yang panjang untuk kita lihat kesan polisi-polisi yang kita lakukan ataupun ketengahkan.
00:18Sebagai contoh, sekiranya tempoh persaraan itu lebih panjang. Jadi apa yang kita lakukan hari ini, kesannya kita tidak dapat lihat
00:27pada hari esok ataupun pada tahun hadapan.
00:30Kesannya akan terlihat dari 20 ataupun 30 tahun pada masa hadapan. Penuaan itu adalah juga cabaran tetapi dia juga adalah
00:39satu peluang.
00:40Sekiranya kita hidup lebih lama, kita dapat menyumbang kepada keluarga, kepada masyarakat, kepada diri sendiri dengan lebih lama.
00:48Kita boleh belajar perkara-perkara baru dan kita boleh mendapatkan kemahiran yang baru.
00:55Tetapi of course kita tidak mahu menjadikan diri kita beban kepada masyarakat ataupun keluarga.
01:01Sekiranya kita membuat perancangan awal, apa yang kita buat daripada kita kecil itu akan menjadikan kita seorang yang berdapat kesejahteraan
01:09kehidupan pada masa hadapan.
01:11Sekiranya saya belajar dengan tekun masa saya kecil, jadi saya boleh mendapat pendapatan lebih baik dan saya mempunyai jaminan kewangan.
01:21Jadi saya harap kita ada awareness dan kita boleh juga lihat perubahan minda kita untuk menangani isu tersebut.
01:29Dari segi EPF pun, kami melihat retirement ini pada dua perspektif.
01:34Satu, pasar accumulation ataupun pengumpulan.
01:37Lepas kita bersara, kita nak buat pasar penggunaan atau decumulation.
01:42Yang sebelum ini, kita hanya lihat EPF itu adalah simpanan persaraan.
01:46Lepas itu saya nak ambil duit persaraan itu untuk buat, mungkinlah kita perlukan pelbagai tetapi kita tak lihat dia macam
01:53mana kita nak menggunakan duit itu secara berterusan
01:58sehingga menampung kehidupan kita sehingga 30 hingga 40 tahun pada masa hadapan.

Recommended