Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Kos penyediaan infrastruktur itu yang dianggarkan bernilai antara RM1.4 bilion hingga RM2 bilion, termasuk penyediaan terowong air dan pam, dibiayai kerajaan persekutuan melalui Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA).

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sudah tentu menjelang pembentangan Belanjawan 2027. Pada 9 Oktober ini, Kerajaan Negeri Perak berharap supaya projek infrastruktur pemindahan air dari
00:12Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah di daerah Krian diberi tumpuan.
00:16Di mana Menteri Besar Perak, Datuk Seri Sarani Muhammad berkata, peruntukan bagi infrastruktur asas projek itu penting bagi membolehkan pelaksanaan
00:25pemindahan air berkenaan dimulakan pada tahun hadapan.
00:31Menurutnya, kos penyediaan infrastruktur itu yang dianggarkan bernilai antara RM1.4 bilion hingga RM2 bilion termasuk penyediaan terowong air dan
00:41pump dibiayai Kerajaan Puskutuan melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Petra.
00:47Yang dibiayai oleh kap kita panggil kazanak air perak ini, iaitu satu konsertium di antara Gamuda dengan anak syarikat PKNP
00:59ini, itu kita boleh menggunakan pinjaman.
01:02Sama ada pinjaman oleh Kerajaan Puskutuan atau pinjaman PFI ataupun daripada bank ataupun suku lah.
01:09Tapi yang penting, yang itu hanya boleh dibuat, catalah infuran ini cukup. Infuran ini sangat penting, kita dah ada rut
01:16kita buat, kita macam mana kita nak bawa air itu daripada sungai perak, ia perlukan pump untuk disedut masuk dan
01:24memerlukan terowong untuk membawa air itu.
01:26Itu mahal dan ia perlu dimulakan. Itu yang paling penting kepada kami.
01:32Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan majlis pelancaran rasmi loji tenaga boleh diperbaharui biogas 2MW di tapak pelupusan
01:42sanitary lahat di Ipoh pada Isnin.
01:44Menurutnya, pemindahan air itu akan membantu memenuhi keperluan serta pembangunan di bahagian utara perak, khususnya Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian,
01:54KIGIP, disamping menyokong keperluan pengairan sektor pertanian.
02:00Tambahnya, sebarang lebihan bekalan air yang diperoleh daripada projek berkenaan akan dipertimbangkan untuk dijual sebagai air terawat kepada Pulau Pinang
02:07selepas keperluan di kawasan berkenaan dipenuhi.
02:10Sarani berkata, unit perancang ekonomi negeri juga telah mengemukakan senarai keperluan perak kepada Kementerian Keuangan untuk pertimbangan dalam Belanjawan 2027.
02:20Selain projek pemindahan air itu, kerajaan negeri terut mengemukakan cadangan projek pembangunan sekolah bagi memenuhi keperluan beberapa projek mega termasuk
02:29di Kerian dan Tanjung Malim.

Recommended