Skip to playerSkip to main content
  • 12 minutes ago
Angka kematian insiden feri Virgo Transport 8 karam di Laut Jawa Indonesia meningkat kepada 71 selepas pasukan mencari dan menyelamat menemukan lima lagi mayat pada Isnin, dengan 64 masih hilang.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bertemu kembali. Angka kematian insiden feri Virgo Transport 8, Karam di Laut Jawa Indonesia meningkat kepada 71 selepas pasukan mencari
00:10dan penyelamat menemukan 5 lagi mayat pada Isnin dengan 64 masih hilang.
00:15Operasi membawa keluar kelima-lima jasad itu dilakukan pada hari ke-16 operasi oleh pasukan penyelam terdiri daripada kumpulan khas
00:24agensi Mencari dan Menyelamat Nasional atau Basarnas, anggota Tentera Laut Indonesia dan unit SAR lain.
00:32Ketua Basarnas Muhammad Syafi yang memetik agensi berita antara berkata kelima-lima mangsa ditemukan oleh pasukan penyelam di dalam kapal
00:41Karam itu.
00:42Beliau menambah mayat telah dibawa ke darat untuk pengecaman dan pengendalian lanjut oleh pihak berkuasa berkaitan.
00:49Muhammad Syafi berkata setakat enam petang waktu tempatan Isnin, 179 daripada 243 orang yang disenaraikan dalam manifest kapal itu telah
00:59dijumpai termasuk 108 yang terselamat.
01:03Virgo Transport 8 yang membawa 243 orang dan 89 kenderaan dari Surabaya di Jawa Timur ke Banjarmasin di Kalimantan Selatan
01:12terputus hubungan kira-kira 2 pagi waktu tempatan pada 13 September.
01:18Kapal tersebut kemudiannya ditemukan dalam keadaan terbalik hari yang sama sebelum tenggelam beberapa hari selepas itu.
01:24Terima kasih telah menonton!

Recommended