00:00Harimau Malaya gagal memanfaatkan kelebihan seorang pemain apabila terikat tanpa jaringan menentang Indonesia dalam maksi kumpulan E Divisyen 1 Piala
00:10ASEAN FIFA di Stadium Genora Bung Karno, Jakarta pada Isnin.
00:14Biarpun Indonesia terpaksa beraksi dengan 10 pemain sejak minit ke-35 selepas Tom He dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain
00:23Harimau Malaya Arif Aiman Hanapi, skuad kendalian Tan Cheng Ho.
00:28tetap gagal memecahkan kebuntuan sehingga weasel penamat.
00:34Perlawanan bermula seimbang dengan Indonesia terlebih dahulu mengegarkan gawang Harimau Malaya menerusi Justin Hyupna pada minit ke-4.
00:41Bagaimanapun jaringan tersebut dibatalkan selepas pengadil dari Korea Selatan, Ko Hyung Jin, mengesan berlaku kekasaran dalam kotak penalti.
00:50Kelebihan pemain menyaksikan Harimau Malaya lebih agresif pada babak kedua apabila Indonesia memilih untuk bertahan dan mengharapkan serangan balas pantas.
01:00Keputusan seri itu menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata, namun Malaysia masih kekal sebagai pendahulu kumpulan dengan empat mata
01:08dan berkelebihan, caringan, berbanding Indonesia.
01:13Selepas ini, Harimau Malaya akan menentang Singapura dalam aksi terakhir kumpulan pada Khamis ini di Stadium Sijalak Harupat, Bandung.