Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Hamzah Batik yang terletak berhadapan Pasar Beringharjo merupakan antara pusat batik dan oleh-oleh yang terkenal di kawasan Malioboro, selain menjadi salah satu destinasi pelancongan budaya di Yogyakarta.

Premis berkenaan menawarkan pelbagai produk termasuk pakaian dan kain batik, kraftangan, cenderamata serta makanan ringan dan turut menjadi antara lokasi pilihan pelancong, termasuk dari Malaysia.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pusat Batik dan oleh-oleh terkenal Hamzah Batik yang terletak di kawasan Malioboro, kota Yogyakarta, Indonesia, dilaporkan terbakar dalam kejadian
00:09awal pagi Isnin.
00:10Memetik laporan beberapa media tempatan, kebakaran membabitkan premis tiga tingkat itu berlaku kira-kira satu setengah pagi waktu Indonesia Barat,
00:19WIB.
00:21Menurut pihak berkuasa, kebakaran berlaku ketika seorang saksi bersama rakannya sedang menjalankan kerja-kerja membaiki bilik air di tingkat tiga
00:30premis berkenaan.
00:31Sebanyak 12 unit jentera bomba dikerah bagi memadam kebakaran.
00:36Usaha itu dibantu sebuah kenderaan water cannon milik polis serta sebuah trak pemadam kebakaran milik tentera nasional Indonesia.
00:43Menurut pihak bomba kota Yogyakarta, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada awal pagi.
00:51Punca kejadian masih dalam siasatan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Recommended