00:00Iran mempertahankan tindakan yang menyerang kemudahan tentera Amerika Syarikat di rantau Asia Barat dan memberi amaran terhadap sebarang tindakan lanjut
00:08oleh negara-negara serantau.
00:09Kaunselor ketiga misi tetap Iran ke PBB, Nasir Asadi Nazari berkata, serangan Teheran itu menunjukkan sikap mempertahankan diri kerana mereka
00:18hanya menyasarkan aset dan kemudahan ketenteraan milik Amerika Syarikat.
00:24Menurut beliau, Iran tidak akan teragak-agak mengambil tindakan lebih tegas sekiranya berdepan sebarang ancaman baru.
00:31Nasir turut menegaskan bahawa mana-mana negara yang membenarkan wilayah mereka digunakan untuk melancarkan serangan terhadap Iran perlu memikul tanggungjawab
00:40dari sudut undang-undang antarabangsa.
00:42Beliau mendakwa peluru berpandu yang digunakan dalam serangan maut ke atas sebuah sekolah dan kompleks sukan di Iran sebelum ini
00:48dilancarkan dari wilayah negara jiran.
00:51Namun tidak menamakan negara berkenaan.
00:54Mengulas kenyataan Emirah Arab Bersatu UAE, Nasir mengulangi pendirian Teheran bahawa tiga pulau yang menjadi pertikaian di Teluk kekal berada
01:03di bawah kedaulatan Iran.
01:04Menurut beliau, isu kedaulatan terhadap pulau-pulau berkenaan tidak boleh dirunding ataupun dipersoalkan.
01:11Beliau turut menolak kritikan yang dikemukakan oleh Kanada terhadap dasar dan tindakan Iran.