Skip to playerSkip to main content
  • 21 minutes ago
MyCC akan memperkukuh perlindungan dan menyediakan ganjaran kepada pemberi maklumat yang tampil mendedahkan kegiatan kartel serta amalan penipuan bidaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Suruhanjaya Persaingan Malaysia, MyCC akan memperkukuh pelindungan dan menjadikan ganjaran kepada pemberi maklumat yang tampil mendedahkan kegiatan kartel dan penipuan
00:09bidaan.
00:10Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Dato' Iskandar Ismail, langkah itu dilaksanakan sejualan pindaan Akta Persaingan 2010 dan Akta Suruhanjaya Persaingan
00:202010.
00:23Beliau berkata perlindungan yang lebih menyeluruh diperlukan kerana kegiatan kartel selalunya berlaku secara sulit dan memerlukan maklumat daripada pihak dalaman
00:32untuk didedahkan.
00:34Menurut Iskandar, terdapat individu yang bersedia memberikan maklumat namun berpandangan risiko yang ditanggung tidak setimpal kerana tiada ganjaran atau jaminan
00:43yang mencukupi.
00:44Beliau berkata pengadu juga berdepan risiko kehilangan pekerjaan sekiranya didakwa membocorkan maklumat syarikat.
00:51Apabila pindaan berkenaan dikuatkuasakan tahun ini, MyCC akan mampu memberikan perlindungan yang lebih menyeluruh kepada pemberi maklumat.
01:00Dalam masa sama, MyCC turut mempelawa orang ramai dan pihak syarikat yang mempunyai maklumat berkaitan kartel untuk menyalurkan aduan melalui
01:08pelbagai saluran termasuk aplikasi WhatsApp.
01:10Tambah beliau, pindaan tersebut juga akan mempeluas peranan MyCC dalam memantau pasaran termasuk sektor ekonomi digital dan e-dagang.
Comments

Recommended