00:00Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu memberi amaran bahawa peningkatan konflik di Yaman telah menyebabkan puluhan ribu penduduk kehilangan tempat tinggal dan
00:08menjejaskan sistem kesihatan negara itu.
00:10Menurut PBB, kira-kira 142 ribu penduduk kini terpaksa berpindah akibat pertempuran yang semakin sengit.
00:20Juru cakap PBB, Stefan Dujarik berkata jumlah korban yang terus meningkat memaksa beberapa hospital menggantung perkhidmatan kecemasan obstetrik bagi memberi
00:30kutamaan kepada rawatan mangsa yang cedera akibat pertempuran.
00:34Menurut beliau, bekalan perubatan penting yang menyelamatkan nyawa juga semakin berkurangan.
00:39Dalam perkembangan sama, Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO turut meningkatkan tahap amaran berhubung kemungkinan tercetusnya wabak tahun.
00:46Risiko tersebut didorong oleh kesesakan melampau di kem penempatan sementara, bekalan air minuman yang tidak selamat dan tahap sanitasi yang
00:55lemah.
00:55Menurut PBB, walaupun agensi antarabangsa dan rakan kemanusiaan berjaya menyalurkan bantuan kepada lebih 115 ribu penduduk yang dipindahkan,
01:04operasi bantuan semakin mencabar akibat pertempuran berterusan dan kesukaran akses ke kawasan terjejas.
01:10Lebih 20 pasukan perubatan bergerak turut digerakkan bagi menyediakan rawatan kepada mangsa yang memerlukan.
01:16PBB maklumkan hampir 20 juta dolar Amerika dana kecemasan telah disalurkan untuk membantu operasi kemanusiaan.
01:24Namun, Dujarit menegaskan bantuan tambahan amat diperlukan bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk.
01:32...disease outbreaks with cholera...
Comments