00:01Mahkamah Agong India membenarkan audit forensik ke atas Fortis Healthcare diteruskan selepas menolak petisyen yang difalkan Fortis untuk mencabar keputusan
00:10Mahkamah Tinggi Delhi.
00:12Bagaimanapun, Mahkamah menegaskan audit itu perlu dijalankan secara bebas dan tidak dipengaruhi pemerhatian awal yang dibuat sebelum ini.
00:20IHH Healthcare berkata pengambil alihan 31% kepentingan dalam Fortis pada 2018 terlaksanakan menerusi proses bidaan terbuka dan dikawal selia
00:30sepenuhnya selain mendapat semua kelulusan korporat dan kawal selia yang diperlukan di India.
00:36Menurut IHH, transaksi berkenaan tidak melibatkan pembelian saham daripada bekas promotor Fortis, Malvinda Mohon Singh dan Syivinda Mohon Singh.
00:45Malah tiada pembayaran dibuat kepada kedua-dua individu itu yang telah meletakkan jawatan daripada lembaga pengarah Fortis beberapa bulan sebelum
00:53pelaburan IHH dilaksanakan.
00:56IHH memberi jaminan akan memberikan kerjasama penuh kepada audit forensik tersebut dan yakin semakan bebas itu akan mengesahkan fakta berkaitan
01:04pelaburannya.
01:05India kekal pasaran strategik utama kumpulan itu dengan rancangan meningkatkan pegangan dalam Fortis kepada 51% serta mengembangkan kapasiti rangkaian
01:14hospital kepada kira-kira 10,000 katil menjelang 2031.
01:20Willow Glen MSC Berhad memperoleh kontrak bernilai 108 juta ringgit menerusi anak syarikatnya di Singapura, Willow Glen Services Private Limited
01:29atau WSPL.
01:31Kontrak itu dijangka menyumbang cara positif kepada prestasi kewangan kumpulan sehingga tahun kewangan 2035.
01:37Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, WSPL dianukerahkan kontrak tersebut pada 28 Ogos 2026 untuk membekal, memasang, menguji, mentahuliahkan sistem elektrik,
01:49keselamatan serta pemantauan tenaga.
01:51Kontrak berkenaan telah bermula pada 19 Ogos 2026 dan mempunyai tempoh pelaksanaan hampir 9 tahun.
01:59Tempoh panjang itu dijangka menyediakan aliran pendapatan yang stabil kepada kumpulan sepanjang pelaksanaan projek.
02:04Willow Glen bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pelanggan kerana tertakluk kepada perjanjian kerahsiaan.
02:11Syarikat itu memaklumkan kebenaran untuk mendedahkan maklumat pelanggan telah dipohon, namun belum menerima persetujuan setakat ini.
02:18Kumpulan itu menjangkakan kontrak tersebut akan meningkatkan pendapatan dan aset bersih sesaham bagi tempoh 2026 hingga 2035.
02:28HSS Ingeniers Berhad menerusi syarikat bersekutunya, HSS Integrated Sedang Berhad atau HSSI menerima pelantikan untuk menyediakan perkhidmatan perundingan kejuruteraan dan
02:39penyilaian tapak bagi projek naik Taraflow G, Rawatan Kumbahan Indah Water Consortium di Negeri Sembilan dan Melaka.
02:46Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, pelantikan bernilai RM10.95 juta termasuk cukai jualan dan perkhidmatan itu diberikan oleh Sutrakam Sudamberhad,
02:56kontrak terutama bagi fasa kedua projek berkenaan.
03:00Skop kerja merangkumi perkhidmatan perundingan kejuruteraan awam dan struktur selain mekanikal dan elektrikal.
03:07HSSI juga akan menyediakan penyilaian tapak sepenuh masa sepanjang tempoh pembinaan projek.
03:12Perkhidmatan tersebut bermula serta-merta dengan tempoh pelaksanaan dianggarkan selama 42 bulan.
03:19HSSI akan bekerjasama secara eksklusif dengan HSS Engineering Sedang Berhad, anak syarikat milik penuh HSS Engineers bagi melaksanakan tugasan itu.
03:30HSS Engineers menjangkakan pelantikan tersebut akan memberi sumbangan positif kepada hasil dan pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan 2026 hingga 2030.
03:39Pelantikan itu menyusul selepas syarikat bersekutunya SMHB Sedang Berhad memperoleh kontrak perunding reka bentuk bernilai RM34.01 juta
03:50bagi projek skim bekalan air utara Perak dan penjualan lebihan air terawat ke Pulau Pinang.
03:56Terima kasih telah menonton!