Skip to playerSkip to main content
  • 8 minutes ago
Memasuki hari ketujuh pengampunan bersyarat diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah namun bekas Perdana Menteri itu setakat ini masih kekal menjalani hukuman di Penjara Kajang.
Transcript
00:00Memasuki hari ketujuh pengampunan bersyarat diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah.
00:08Namun bekas Perdana Menteri itu setakat ini masih kekal di penjara kajang.
00:12Ini susulan denda RM50 juta masih belum dilunaskan yang merupakan antara syarat perlu dipenuhi sebelum hukuman tahanan rumah boleh dilaksana.
00:24Peguam Negara Tan Sri Muhammad Dusuki Mokhtar ketika dihubungi Isra Awani mengesahkan perkara itu.
00:30Jumaat lalu bekas Ahli Parlimen Pekan itu mendapat pengampunan bersyarat daripada Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dengan baki hukuman
00:38penjara dijalani secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.
00:43Najib 73 tahun dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
00:53pada 28 Julai 2020 atas tujuh pertuduhan berkaitan dana SRC International Sendirian Berhad berjumlah RM42 juta.
01:02Pada 23 Ogos 2022, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhir Najib dan mengekalkan sabitan serta hukuman berkenaan.
01:10Pada hari sama, beliau mula menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang.
01:15Pada 2 September 2022, Najib mengemukakan petisyen pengampunan kepada Yang Di-Pertuan Agong.
01:22Permohonan tersebut kemudian dipertimbangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 29 Januari 2024.
01:29Pada 2 Februari 2024, bahagian Hal Ehwal Undang-Undang BHEUU, Jabatan Perdana Menteri, mengumumkan keputusan Lembaga Pengampunan yang mengurangkan hukuman
01:40penjara Najib daripada 12 tahun kepada 6 tahun,
01:43manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
01:49RINGIT.

Recommended