Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Zamidi menjelaskan, keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menggantung aktiviti Perikatan Nasional (PN) bukanlah tindakan yang dibuat sewenang-wenangnya.
Transcript
00:00Keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia ROS menggantung aktiviti Perikatan Nasional PN bukanlah tindakan yang dibuat sewenang-wenangnya.
00:09Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan itu dibuat mengikut Akta Pertubuhan 1966 untuk menjaga kepentingan anggota
00:18mana-mana organisasi yang berdaftar dengan pertubuhan itu.
00:24Menurut Ahmad Zahid, ROS menggunakan budi bicara berdasarkan kepada undang-undang tubuh mana-mana badan atau organisasi yang berdaftar.
00:31Tentunya ada beberapa kepincangan yang telah berlaku di dalam Perikatan Nasional yang menyebabkan penggantungan ini dibuat oleh ROS.
00:49dan kita harap perkara ini dihadapi dengan tenang terutamanya parti-parti yang bergabung dalam Perikatan Nasional yang akan menghadapi pilihan
01:09raya negeri Melaka
01:11dan akan turut serta nanti di dalam pilihan raya umum.
01:17Tentunya mereka mempunyai perancangan tersendiri bagaimana jika penggantungan ini diteruskan.
01:24Beliau berkata demikian kepada pemerintah selepas majlis perasmian dan penyampaian anugerah sijil akademik konvokasi berpusat Politeknik dan Kolej Komuniti Polisisi
01:332026 di Dewan Tuanku Chancellor Universiti Perlindikan Sultan Idris Tanjung Malim pada Khamis.
01:39Mengulas lanjut timbalan Perdana Menteri Percaya, tindakan ROS itu tentunya berdasarkan aduan yang diterima oleh sebuah parti gabungan Perikatan Nasional.
01:46Pada Rabu, ROS dalam kenyataannya memaklumkan tindakan itu diambil di bawah subseksyen 13-2A Akta Pertubuhan 1966
01:55susulan notis yang dikeluarkan kepada PN pada 22 September 2026.

Recommended