00:00Sultan Perak Sultan Nazrin Mu'izuddin Shah berkenan melancarkan buku terbaharu terbitan penerbit Universiti Malaya, UM Press, A Living History,
00:10Personal Reflections on the University of Malaya dalam satu majlis di Ibu Negara pada Khamis.
00:15Buku setebal 450 halaman itu menghimpunkan koleksi memori, pengalaman dan refleksi peribadi 30 penulis daripada pelbagai generasi termasuk cendiakiawan, kakitangan
00:28serta alumni yang pernah berkhidmat dan menuntut di Universiti Malaya.
00:35Dalam titah perasmiannya, Sultan Nazrin bertitah, buku itu bukan sekadar penghormatan kepada Universiti Malaya, sebaliknya menjadi rekod sejarah peribadi yang
00:44merakam evolusi institusi itu sehingga berkembang sebagai hazanah negara yang semakin terselah di persada antarabangsa.
00:51Baginda yang juga Canselor Universiti Malaya bertitah, karya berkenaan turut merakam perjalanan universiti itu dalam mengharungi pelbagai cabaran dan mencatat
00:59pelbagai pencapaian sejak penubuhannya.
01:01Sultan Nazrin bertitah, seperti negara yang berhadapan dengan tugas membina kesaksamaan daripada kepelbagaian, Universiti Malaya turut berdepan pilihan sukar dalam
01:10usaha melangkah kehadapan.
01:12Baginda bertitah, sejak awal penubuhannya, Universiti Malaya memainkan peranan kritikal dalam melahirkan saintis, doktor, jurutera, pembuat dasar dan ahli politik
01:21terlatih bagi merancang serta merealisasikan pembangunan negara.
01:24Baginda turut memuji kebolehan ahli akademik tempatan yang telah membuktikan prestasi cemelang dalam arena penyelidikan global seawal tahun 1970-an.
01:33Sultan Nazrin bertitah, buku berkenaan merakam beberapa episod sejarah yang mencabar termasuk perubahan bahasa pengantar kepada bahasa Melayu serta kesan
01:41peristiwa Mei 1969 terhadap suasana intelektual di kampus.
01:46Menyentuh mengenai transisi bahasa pengantar, Sultan Nazrin bertitah, cabaran besar dalam pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar turut ditegaskan oleh
01:54ramai penyumbak buku berkenaan.