Skip to playerSkip to main content
  • 10 minutes ago
Anwar turut menzahirkan penghargaan atas kepimpinan China dalam perbincangan global yang penting, selain menarik perhatian mengenai persamaan nilai yang dikongsi oleh kedua-dua negara.
Transcript
00:00Hubungan bilateral antara Malaysia dan China terbina atas dasar kepercayaan serta keyakinan bersama yang mendalam sekaligus melangkaui hubungan diplomatik tradisional.
00:11Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia memberi penekanan yang besar terhadap hubungannya dengan Beijing serta visi Presiden Xi
00:19Jinping,
00:19terutamanya dalam aspek kemakmuran bersama, tatbir urus beretika dan usaha merapatkan jurang digital bagi negara-negara Global South.
00:32Mendegaskan pendirian Malaysia mengelai China dan isu serantau termasuk Laut China Selatan,
00:37Adua mengulangi bahawa Malaysia menghargai komitmen Beijing dalam menunaikan janji-janjinya serta melihat negara tembok besar itu menerusi lensa yang
00:45unik.
00:45Beliau turut menzahirkan penghargaan atas kepimpinan China dalam perbincangan global selain menarik perhatian mengenai persamaan nilai yang dikongsi oleh kedua
00:54-dua negara dalam aspek tatbir urus serta pembangunan beretika.
00:58Beliau berkata demikian dalam ucapan aluan semasa mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri China Li Chiang di Westlake State Gas
01:05House.
01:06Mesyuarat yang berlangsung selama 50 minit itu disusuli majlis makan tengah hari yang dihus oleh Li untuk meraihkan Anwar dan
01:13delegasi Malaysia.
01:15Sementara itu, Li dalam ucapan aluannya menyifatkan hubungan Malaysia-Cina sebagai salah satu keutamaan dalam diplomasi kejiranan Beijing.
01:22Katanya di sebalik konflik global, pergolakan dan ketidaktentuan yang semakin meningkat, komunikasi serta penyelarasan yang rapat antara kedua-dua negara
01:31mampu memberikan kepastian yang lebih besar bagi pembangunan bersama.
Comments

Recommended