00:00Lembaga Tabung Haji akan memulakan kursus asas haji bagi musim haji 1448 hijrah bersamaan 2027 Masihi bermula 25 September ini
00:10sebagai persediaan awal bakal jemaah ke Tanah Suci.
00:13Dan bagi musim haji kali ini, kursus itu akan dilaksanakan dalam 12 siri pengajian melibatkan 200 masjid di seluruh negara.
00:20Dan menurut TH, kursus berkenaan memberi penekanan kepada penguasaan ilmu asas ibadah haji dan umrah serta panduan praktikal berkaitan persediaan
00:29ibadah, kesihatan dan pengurusan diri.
00:31Dan selain bakal haji, kursus berkenaan turut dibuka kepada orang awam yang ingin mendalami ilmu berkaitan ibadah haji.
00:38Tabung Haji turut menggalakkan bakal jemaah mengikuti kursus ini secara konsisten kerana ia merupakan asas kepada kursus intensif haji dan
00:45kursus perdana haji.
00:47Maklumat lanjut termasuk jadual kursus boleh diperoleh menerusi aplikasi TH IJRI, laman web tabung haji serta platform e-bimbingan haji.
00:56Dan TH turut mengingatkan bakal haji supaya membuat persediaan berdasarkan konsep istitulah termasuk menjaga kesihatan, meningkatkan simpanan dan mengemaskini maklumat
01:05pribadi.
01:06Tabung Haji berharap persediaan awal menerusi kursus asas haji dapat membantu bakal jemaah menunaikan ibadah haji dengan lebih yakin, teratur
01:13dan sempurna.
01:17Terima kasih kerana menonton!