Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia mengutamakan libat urus diplomatik dan dialog membina dalam menangani perselisihan dengan negara jiran semasa pelancaran edisi Bahasa Cina buku terbaharunya di Hangzhou.
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia menangani sebarang perselisihan faham dengan negara-negara jiran menerusi libat urus diplomatik
00:10secara berterusan dan dialog yang membina, bukannya dengan menimbulkan konflik atau bersikap curiga.
00:16Dalam ucapan merangkumi pelbagai isu yang menyorot hubungan kebudayaan dan diplomatik yang mendalam antara Malaysia dengan China, Anwar turut berkongsi
00:27anekdot peribadi mengenai rasa saling menghormati serta perkongsian farsapah yang erat dengan kepimpinan China.
00:36Beliau memuji Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Qiang atas sikap rendah hati dan melayan dengan negara kecil
00:43sebagai rakan kongsi setara.
00:44Satu kualiti yang disifatkan beliau sebagai amat penting bagi negara-negara membangun dalam berdepani berrealti pasca kolonial dan tekanan geopolitik
00:52modern.
00:54Anwar berkata demikian pada pelancaran Global Edisi Bahasa China bagi buku terbaharu beliau, Rethinking Ourself, Justice, Reform and Ignorance in
01:02Post-Normal Times di Hangzhou, China pada Rabu.
01:05Buku berkenaan memberi tumpuan kepada bagaimana identiti boleh dibentuk semula dan laluan ke arah hidup bersama diturukai berteraskan latar belakang,
01:14kemunculan negara-negara merdeka baharu serta perjuangan mereka menentang kolonialisme dan imperialisme.
01:21Ia turut menyarankan peralihan tumpuan ke arah kemakmuran bersama dan bukannya sekadar mengejar kepentingan diri semata-mata.
01:28Anwar yang juga Menteri Kewangan kini berada di China untuk rangka lawatan kerja tiga hari ke Shanghai dan Hangzhou
01:34yang merangkumi mesyuarat dua hala peringkat tinggi bersama Li serta sesi penglibatan dengan pemimpin China dan tokoh-tokoh industri.

Recommended