Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
Presiden Belia Mahir merangkap Ahli Majlis TVET Negara, Rizan Hasan berpandangan KPI TVET perlu diperluaskan dengan mengambil kira kualiti pekerjaan, tahap pendapatan dan perkembangan kerjaya graduan, bukan sekadar kadar kebolehpasaran.
Transcript
00:00Petunjuk prestasi utama KPI Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional TVET perlu diperluaskan dengan mengambil kira kualiti pekerjaan, tahap pendapatan
00:10serta perkembangan kerjaya graduan.
00:13Menurut Presiden Belia Mahir dan Ahli Majlis TVET Negara, Rizan Hassan, kadar keboleh pasaran masih penting namun ia tidak lagi
00:21memadai untuk menggambarkan kejayaan sebenar sistem TVET.
00:25KPI TVET perlu diperluas dengan mengambil kira tiga aspek utama. Pertama, kesepadanan pekerjaan dengan bidang latihan.
00:37Kemudian kedua, tahap pendapatan graduan. Yang ketiga, pengembangan kerjaya mereka. Kita juga perlu melihat pengembangan graduan selepas 3 hingga 5
00:50tahun.
00:51Adakah mereka masih bekerja dalam bidang yang sama ataupun tidak? Adakah pendapatan mereka meningkat ataupun tidak?
00:57Dan adakah mereka juga meningkat tahap kemahiran upskilling dan pembangunan jawatan yang lebih tinggi?
01:03Pada masa yang sama, kita perlu mengambil kira bahawa gaji permulaan berbeza mengikut bidang, lokasi dan tahap pelayakan.
01:10Ini juga harus diambil kira. Sebab kejayaan TVET sebenar bukan sekadar memastikan graduan mendapat pekerjaan.
01:16Sementara itu, beliau berkata agenda TVET negara tidak boleh bergantung kepada kerajaan semata-mata.
01:22Sebaliknya, memerlukan penlibatan lebih besar industri bagi memperkukuh kemahiran, teknologi dan pemindahan ilmu.
01:30Ujarnya, ekosistem TVET kini semakin berkembang.
01:33Susulan penubuhan majlis TVET negara, peranan aktif Jabatan Pembangunan Kemahiran serta sokongan pembiayaan termasuk menerusi tabung pembangunan kemahiran.
01:42Cabaran seterusnya ialah membina komitmen lebih kukuh dalam kalangan industri untuk bergerak bersama dalam menjayakan agenda TVET nasional.
01:51Beliau berkata kerajaan perlu kekal memainkan peranan dalam menetapkan standar memperkukuh takbir urus dan menentukan hala tujuh nasional, namun tidak
01:59semua keperluan boleh disediakan melalui sektor awam sahaja.
02:03Justru, penglibatan industri penting bagi membawa kepakaran sebenar pasaran, teknologi terkini serta pemindahan pengetahuan yang lebih berkesan kepada institusi dan
02:14pelajar TVET.
02:15Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended