Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Malaysia menekankan integrasi teknologi, dasar dan nilai kemanusiaan dalam pembangunan bandar pintar serta memperkukuh kerjasama serantau bagi memperluas penyelesaian inovatif yang praktikal.
Transcript
00:00Pembangunan bandar pintar tidak seharusnya tertumpu kepada aspek teknologi dan pendigitalan.
00:05Sebaliknya, inovasi perlu dimanfaatkan bagi memenuhi keperluan serta kesejahteraan masyarakat.
00:11Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Korming, transformasi bandar yang sebenar hanya mampu dicapai apabila teknologi, dasar dan nilai
00:21kemanusiaan disepadukan bagi memenuhi keperluan sebenar masyarakat.
00:28Korming yang juga Presiden Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UN Habitat berkata,
00:33Perdekatan Malaysia berteraskan kerangka nasional yang tersusun dan kerjasama antara pelbagai pihak termasuk kerangka bandar pintar Malaysia
00:40dan penerapan pihawai antarabangsa bagi memperkukuh pembangunan bandar pintar di seluruh pihak berkuasa tempatan.
00:47Beliau berkata Malaysia turut komited untuk memperkukuh kerjasama serantau dan perkongsian pengetahuan menerusi kerjasama dengan bandar-bandar terbangsa,
00:53ekosistem teknologi serta pemain industri bagi mempercepat penerapan penyelesaian yang praktikal dan mampu diperluas.
01:00Tomorrow City, Shanghai 2026 yang berlangsung dari 22 hingga 26 September merupakan wadah bagi menghubungkan bandar, kerajaan, perusahaan,
01:08ahli akademik dan pakar dalam mempercepat penerapan teknologi serta model inovasi secara praktikal dalam usaha mentransformasikan bandar.
Comments

Recommended