00:00Jabatan Imigresen Malaysia JIM menupaskan kegiatan perkhidmatan pengangkutan warga asing dengan menahan 53 penumpang warga asing serta 7 pemandu dalam
00:10operasi khas di sekitar Kajang dan Putrajaya pada 21 September.
00:14JIM dalam kenyataannya memaklumkan pasukan operasi telah memintas dan menahan 7 buah van yang membawa sejumlah penumpang warga asing.
00:25Kenyataan menyebut hasil pemeriksaan mendapati enam daripada van berkenaan dipandu warga asing yang terdiri daripada lima lelaki warga Bangladesh dan
00:32seorang lelaki warga Indonesia.
00:34Kesemua mereka didapati tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah.
00:39Pemeriksaan turut mendapati mereka tidak memiliki lesi memandu kompeten yang sah manakala ada yang menggunakan lesi memandu percubaan.
00:45Siasatan awam mendapati sebahagian pemandu warga asing tersebut mendakwa menerima bayaran antara RM1,600 hingga RM1,800 sebulan daripada pemilik
00:54van yang disyaki warga negara Malaysia bagi menjalankan perkhidmatan itu.
00:59Kenyataan JIM memaklumkan seorang lelaki warga Malaysia yang merupakan pemandu dan pemilik sebuah daripada van itu turut ditahan.
01:06Kesemua enam pemandu warga asing dan lelaki tempatan tersebut ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 55I Akta Imigrisen 1959
01:14-63.
01:16Pemeriksaan lanjut, terhadap penumpang pula membawa kepada penahanan 53 warga asing yang terdiri daripada 44 warga Indonesia iaitu 12 lelaki
01:24dan 32 wanita,
01:258 lelaki warga Bangladesh serta seorang lelaki warga Myanmar kerana disyaki tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah.
01:32Siasatan awal turut mendapati warga asing berkenaan dipercayai menggunakan perkhidmatan van tersebut untuk perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja
01:40di sekitar kampung Datuk Abu Bakar, Baginda, Kajang dan Putrajaya dengan bayaran kira-kira RM100 sebulan.
01:47Sebanyak tujuh buah van telah disita kerana disyaki digunakan dalam melakukan kesalahan di bawah Akta Imigrisen 1959-63 dan sedang
01:55mengesan pemilik kenderaan lain yang terlibat bagi membantu siasatan dan tindakan lanjut.
Comments