Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Seramai 652 penjawat awam dianugerahkan ganjaran terkumpul berjumlah RM1.18 juta sejak 2012 sebagai pengiktirafan tertinggi atas keberanian mereka melaporkan pemberian atau penerimaan rasuah.
Transcript
00:00Seramai 652 penjawat awam dianugerahkan ganjaran terkumpul berjumlah RM1.18 juta sejak 2012 sebagai pengiktirafan tertinggi atas keberanian mereka melaporkan
00:12pemberian atau penerimaan rasuah.
00:14Ketua Pesuruh Jaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM, Datuk Seri Abdul Halim Aman berkata, Polis Diraja Malaysia PDRM merekodkan jumlah
00:23penerima tertinggi sepanjang tempoh 2012 hingga 2025 iaitu seramai 437 orang.
00:33Menurut Abdul Halim, ia diikuti Jabatan Imigresen Malaysia JIM seramai 64 orang, Agensi Penguat Kasaan Maritim Malaysia 33 orang dan
00:41Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kuasa Sada Hidup 21 orang.
00:44Beliau berkata demikian ketika mempenguruskan mesyuarat panel penilaian pengiktirafan kepada penjawat awam yang melaporkan pemberian atau penerimaan rasuah Seri 15
00:53di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
00:56Abdul Halim berkata antara kes berprofil tinggi yang mendapat perhatian dalam penilaian tahun ini termasuk tindakan seorang pegawai PDRM di
01:03Perlis yang menolak tawaran suapan RM200,000 berkaitan kes rampasan dadah syabu seberat 1.8 tan.
01:11Katanya turut diberi perhatian ialah kes penolakan rasuah bernilai RM45,000 di Johor.
01:17Menurut beliau, pemberian kanjaran dan pengiktirafan berkenaan menjadi pemangkin dalam memperkukuh budaya kerja berintegriti dalam sektor perkhidmatan awam.
01:26Abdul Halim berkata penjawat awam perlu memenuhi kriteria ketat untuk layak menerima pengiktirafan termasuk membuat aduan rasmi dan memberikan kerjasama
01:34penuh sepanjang proses penyiasatan hingga perbicaraan di mahkamah selesai.
Comments

Recommended