Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Perhimpunan Agung PBB ke-81 bermula di New York dengan kehadiran pemimpin dunia bagi membincangkan pelbagai isu global menerusi enam hari sesi perbahasan umum.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sementara itu, pemimpin dunia mula tiba di Ibu Pejabat Pertubahan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB di New York pada selasa bagi
00:08menghadiri pembukaan permulaan agung PBB ke-81 dan sesi berkenaan menandakan permulaan 6 hari ucapan oleh pemimpin dan wakil negara
00:17anggota PBB.
00:21Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky tiba sekitar 8.45 pagi waktu New York diikuti Presiden Venezuela, Delcy Rodriguez dan Duta Amerika
00:29Syarikat ke PBB, Mike Walz.
00:31Mengikut tradisi, Brazil menjadi negara anggota pertama yang menyampaikan ucapan pada sesi Perbahasan Umum Perimpunan Agung PBB.
00:38Menurut pegawai PBB, tradisi itu bermula pada tahun-tahun awal penubuhan badan dunia berkenaan apabila Brazil tampil berucap terlebih dahulu
00:45ketika negara lain masih keberatan untuk berbuat demikian.
00:48Sebagai negara tuan rumah ibu pejabat PBB di New York, Amerika Syarikat pula menjadi negara kedua yang menyampaikan ucapan.
00:55Selepas itu, susunan pembahas ditentukan berdasarkan hierarki dan secara amnya mengikut prinsip siapa yang terlebih dahulu memohon giliran.
01:03Ketua Negara diberi keutamaan diikuti timbalan Ketua Negara dan Putera Mahkota, Ketua Kerajaan, Menteri serta Ketua Delegasi berpangkat lebih rendah.
Comments

Recommended