Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Seorang ibu mendakwa anak lelakinya berusia 14 tahun dipukul lima pelajar di asrama sebuah sekolah agama di Bukit Ibam, Rompin, sehingga mengalami kecederaan pada beberapa bahagian badan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Insiden anak dipukul pelajar senior di Asrama menyebabkan seorang ibu membuat keputusan untuk menukarkan anaknya ke sekolah lain.
00:08Siti Rohani Yusof, ibu kepada seorang pelajar tingkatan 2 yang menjadi mangsa, mendakwa anaknya dipukul 5 pelajar senior dalam dua
00:16kejadian di Asrama, sebuah sekolah agama di Muazzam Shah.
00:22Menurutnya kejadian pertama berlaku pada tengah malam 12 September lepas apabila anak sulungnya itu bersama seorang lagi pelajar tingkatan 2
00:29dipanggil ke sebuah bilik Asrama sebelum didakwa dipukul beramai-ramai.
00:34Katanya kejadian kedua berlaku pada 15 September apabila anaknya didakwa dipukul pelajar sama menggunakan batang penyapu.
01:06Siti Rohani berkata anaknya selepas itu ada memberitahu warden dan guru mengenai apa yang berlaku serta merayu untuk tidur di
01:12rumah warden tetapi tidak dibenarkan.
01:15Sebab itu saya sangat kesan bila mana kita meletakkan pengharapan kepada guru untuk menjaga anak-anak tapi rupanya tidak seperti
01:25yang dijangka.
01:27So saya mengharap sangatlah kepada pihak berwajib, pihak sekolah tolong sangat-sangat, tolong mengambil benda ini sebagai benda yang serius
01:40supaya benda ini tidak berlaku lagi.
01:44Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Supertenden Syarif Syai Syarif Mondoy mengesahkan menerima laporan berhubung kes di Asrama Lelaki, sebuah
01:52sekolah agama di Bukit Ibam.
01:54Katanya suspek terdiri daripada 3 pelajar tingkatan 5 dan 2 pelajar tingkatan 4.
01:59Menurutnya, punca kejadian adalah mangsa pertama didakwa ponteng kuliah agama manakala mangsa kedua bersubahat dengan mangsa pertama.
02:07Kesemua suspek telah ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
02:15Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended