00:00Pasukan media CNN dan MSNOW membuat liputan dari luar White House pada Sabtu selepas pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump
00:08menyekat akses mereka serta wartawan politiko ke kawasan bangunan berkenaan.
00:14Tindakan itu dibuat susulan pengumuman Trump bahawa ketiga-tiga organisasi media terbabit akan dilarang memasuki kawasan White House.
00:25Wartawan CNN dan MSNOW membuat liputan dari lokasi basingan di seberang Pennsylvania Avenue menghadap bahagian barat White House sambil berkongsi
00:34pengalaman mereka kepada penonton sepanjang hari.
00:36Ketiga-tiga organisasi media itu secara berasingan memaklumkan pasukan mereka kehilangan pas media selepas wartawan masing-masing hadir ke White
00:44House pada pagi Sabtu.
00:45Mereka turut memberi isyarat kemungkinan mencabar sekatan berkenaan atas alasan ia bercanggah dengan pelindungan kebebasan bersuara dan kebebasan media di
00:54bawah pindaan pertama Perlembagaan Amerika Syarikat.
00:57CNN dalam kenyataannya pada Sabtu menyifatkan sekatan itu sebagai serangan haram terhadap hak perlembagaannya untuk menjalankan tugas kewartawanan tanpa campur
01:05tangan kerajaan.
01:07MSNOW dan politiko pula dalam kenyataan berasingan berkata mereka akan mempertahankan hak di bawah pindaan pertama Perlembagaan Amerika.
01:15MSNOW berkata pihaknya akan mengambil apa jua langkah yang perlu bagi mempertahankan hak berkenaan serta peranan penting kewartawanan bebas dalam
01:23demokrasi.
01:25CNN dan MSNOW turut menyatakan akan meneruskan liputan terhadap pentadbiran Trump manakala politiko menegaskan sokongan terhadap wartawannya yang membuat liputan
01:33di White House.
01:34Dalam hantaran di media sosial pada Jumaat, Trump menuduh organisasi media terbabit melaporkan berita palsu dan mendakwa mereka tidak sepatutnya
01:42dibenarkan terus,
01:44menyiarkan apa yang disifatkannya sebagai fiksyen dan pembohongan ketika membuat liputan mengenai Presiden Amerika.
01:50Beliau turut memberi amaran bahawa organisasi media lain mungkin dikenakan tindakan sama.
01:54Terima kasih telah menonton!
Comments