Skip to playerSkip to main content
  • 15 minutes ago
Seramai 13 anggota tentera Yemen dilaporkan maut dalam pertempuran dengan kumpulan Houthi di Taiz dan Lahj ketika konflik di negara itu kembali memuncak.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya 13 anggota tentera Yaman dilaporkan terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan huti di wilayah Taiz dan Lajj.
00:08Menurut kenyataan paksi ketenteraan Tur Al-Bahah, korban itu direkodkan dalam tempoh dua hari pertempuran yang semakin memuncak di beberapa
00:16kawasan barat daya Yaman.
00:21Pertempuran terkini teruk melibatkan beberapa lokasi lain termasuk Marib Al-Jaf dan Al-Baida.
00:27Pihak berkuasa Yaman menyatakan pertempuran yang berlaku sejak Julai lalu merupakan antara yang paling sengit selepas tempoh relatif tenang susulan
00:35genjatan senjata pada April 2022.
00:38Keadaan menjadi lebih tegang apabila huti berjaya menguasai beberapa kawasan strategik di pesisir Laut Merah pada awal bulan ini.
00:47Konflik di Yaman bermula pada 2014 apabila huti menguasai sana dan sebahagian besar wilayah utara negara itu.
00:54Perperangan kemudiannya memasuki fasa lebih besar apabila pangkatan ketenteraan yang diketuai Arab Saudi campur tangan pada tahun 2015 bagi menyokong
01:03kerajaan yang diiktiraf antarabangsa.
01:05Pertempuran yang kembali memuncak kini menimbulkan kebimbangan bahawa konflik yang berlarutan itu akan terus menjejaskan keselamatan dan kestabila rantau berkenaan.
01:15Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended