Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Graduan masih berdepan pelbagai halangan mendapatkan pekerjaan termasuk kos, logistik, kekurangan bimbingan kerjaya dan isu keyakinan diri walaupun pasaran buruh negara terus berkembang.
Transcript
00:00Pasaran buruh Malaysia terus menunjukkan perkembangan positif namun masih ramai graduan berdepan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai.
00:09Menurut pengarah hal awal pihak berkempetingan Equity National Berhad Equinas, Izwani Hassan, keadaan itu bukan semata-mata berpunca daripada kekurangan
00:17peluang pekerjaan,
00:18sebaliknya melibatkan pelbagai cabaran termasuk ketidakpadanan bidang, kos dan kekurangan bimbingan kerjaya.
00:27Jadi untuk mendapatkan kerja itu ada isu kos, mungkin logistik, itu untuk pergi interview.
00:34Mungkin mereka perlu pergi banyak interview, ada kos dan ada logistik sebab mereka di merata tempat.
00:39Kedua, nanti bila dapat kerja itu nak kena pindah. Nak kena pindah pun memainkan kos.
00:44Mungkin kita baru graduate, kita tak ada duit. Jadi nak kena datang KL, nak kena pergi Johor, itu memerlukan wang,
00:50memerlukan deposit. So itu menjadi isu.
00:53Menurut beliau, kebanyakan peluang pekerjaan tertumpu di kawasan seperti Lembah Kelang, Pulau Pinang dan Johor,
00:59menyebabkan sebahagian graduan perlu menanggung kos tambahan untuk menghadiri temuduga atau berpindah ke tempat kerja yang baru.
01:07Tambahnya keadaan itu teruk menjejaskan keyakinan sebahagian graduan, terutamanya mereka yang telah lama menganggur.
01:13Tak ada bimbingan. Maksudnya kalau kita tanya para graduan yang pergi universiti, kebanyakan mereka tidak diajar bagaimana untuk cari kerja
01:20dan bagaimana untuk pergi interview.
01:24Hizwani berpendapat, cabaran yang dihadapi graduan ketika ini tidak boleh dilihat semata-mata dari sudut kesediaan mereka untuk bekerja.
01:32Sebaliknya faktor kos, kekurangan bimbingan kerjaya dan tahap keyakinan diri turut memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan mereka memasuki pasaran
01:41pekerjaan.
01:42Beliau berkata demikian dalam program Awani Pagi pada Jumaat.
01:46Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended