00:00Malaysia dipilih menganggotai Lembaga Gabenor Agensi Tenaga Atom Antarabangsa IAEA bagi penggal 2026 hingga 2028.
00:09Menurut Kementerian Luar, pemilihan itu berlangsung semasa persidangan agung IAEA ke-70 di Vina, Austria yang diadakan dari 14 hingga
00:1818 September.
00:21Lembaga Gabenor yang dianggotai 35 negara merupakan antara badan pembuat dasar utama IAEA dan berperanan mengawasi operasi agensi itu serta
00:32meluluskan perjanjian kawal selia nuklear.
00:34Malaysia menyertai IAEA pada 1969 dan pernah berkhidmat selama 10 penggal dalam lembaga Gabenor dengan penggal terakhir dari 2020 hingga
00:442022.
00:45Pemilihan itu mencerminkan Komitmen Malaysia untuk menyokong usaha mencegah percambahan senjata nuklear serta mempromosikan penggunaan tenaga nuklear secara selamat, terjamin
00:56dan untuk tujuan keamanan.
00:59IAEA merupakan organisasi antarabangsa bebas dalam sistem pertubuhan bangsa-bangsa bersatu yang menggalakkan penggunaan teknologi nuklear untuk tujuan keamanan dan
01:09menghalang penggunaannya bagi tujuan ketenteraan.
01:11Sebagai anggota lembaga Gabenor, Malaysia berpeluang menyumbang pengalaman dan kepakaran dalam perbincangan serta keputusan penting berkaitan keselamatan dan kerjasama teknologi
01:21nuklear.
Comments