Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Pakistan memperkenalkan langkah penjimatan termasuk mengehadkan waktu operasi perniagaan dan mengurangkan penggunaan bahan api kenderaan kerajaan susulan kenaikan kos tenaga.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pakistan mengumumkan beberapa langkah penjimatan bagi mengurangkan tekanan ekonomi akibat peningkatan harga tenaga, susulan ketegangan di Asia Barat.
00:10Menurut kerajaan Pakistan, langkah itu diputuskan dalam mesyuarat yang dipergurusikan oleh Perdana Menteri Shabazz Sharif.
00:20Antara langkah yang diperkenalkan termasuk menghadkan waktu operasi premis perniagaan, semua kedai dan pusat beli belah diarahkan ditutup pada jam
00:299 malam, manakala restoran pada jam 11 malam.
00:32Kerajaan turut melarang lawatan ke luar negara oleh pegawai kerajaan serta mengurangkan penggunaan bahan api kenderaan rasmi sebanyak 50%
00:41selama 3 bulan.
00:42Bagaimanapun kenderaan angkatan tentera dan agensi penguatkuasaan dikecualikan daripada langkah tersebut.
00:49Shabazz Sharif turut mengarahkan semua agensi kerajaan mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan dan melaksanakan langkah penjimatan secara segera.
00:58Perkhidmatan penting seperti farmasi, hospital, bakery dan stesen minyak tidak terjejas oleh arahan tersebut.
01:05Stesen pengecasan kenderaan elektrik, syarikat teknologi maklumat dan pusat panggilan turut dibenarkan beroperasi seperti biasa.
01:14Langkah itu diambil ketika Pakistan berusaha menangani kesan kenaikan kos tenaga global yang dipengaruhi ketegangan berterusan di Asia Barat.
01:22Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended