Skip to playerSkip to main content
Penyelia pembersihan didakwa rompak, cederakan 4 lelaki Rohingya

Seorang penyelia pembersihan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan melakukan rompakan dan mencederakan lelaki berketurunan Rohingya pada Ogos dan awal bulan ini.

Tertuduh, Muhammad Haziq Mohd Rizar, 26, membuat pengakuan itu kesemua pertuduhan dibacakan di Mahkamah Sesyen dan Majistret Johor Bahru, pada Khamis.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796693/berita/semasa/penyelia-pembersihan-didakwa-rompak-cederakan-4-lelaki-rohingya

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #rompak

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang penyelia pembersihan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan melakukan rompakan dan mencederakan lelaki berketurunan rohinya pada Ogos dan awal
00:09bulan ini.
00:10Tertuduh Muhammad Haziq Muhammad Riza, 26 tahun, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di Mahkamah Session dan Magistrat Johor
00:18Bahru pada Khamis.
00:19Lelaki itu didakwa atas tiga pertuduhan iaitu melakukan rompakan terhadap tiga lelaki pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
00:29bagi pelarian UNHCR.
00:31Tertuduh merompak anak kunci sebuah motosikal jenis Honda C100, mesin rumput, serangkai kunci motosikal, satu kad UNHCR serta sebuah mesin
00:42pemotong dahan pokok milik ketiga-tiga mangsa berkenaan.
00:45Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 392 Kanun Kesiksaan.
00:50Muhammad Haziq didakwa atas satu lagi pertuduhan iaitu sengaja mendatangkan kecederaan terhadap seorang lelaki pelarian rohinya yang lain.
00:58Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Kesiksaan.
01:02Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM16,000 atas kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin.
01:09Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 28 Oktober depan.
01:16Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended