00:00Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan Hanah Yuh dan Peguam Negara Tan Sri Muhammad Dusuki Mokta menghadiri mesyuarat Lembaga
00:09Pengampunan ke-64 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya di Istana Negara hari ini.
00:15Difahamkan mesyuarat itu diadakan berhubung permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang ditangguhkan pada 11 September
00:24lalu.
00:28Kenderaan membawa Hanah dilihat memasuki Istana Negara pada 7.45 pagi. Disusuli kenderaan membawa Muhammad Dusuki 7 minit kemudian.
00:37Hanah kemudiannya dilihat meninggalkan Istana Negara terlebih dahulu manakala Muhammad Dusuki beredar pada 9.43 pagi selepas menghadiri mesyuarat berkenaan.
00:47Pengamal media tempatan dan antarabangsa berkumpul berhampiran pintu utama Istana Negara sejak awal pagi bagi mengikuti perkembangan mesyuarat itu.
00:57Najib, 73 tahun, sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogas 2022.
01:03Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dipengerusikan yang di-Pertuan Agong dan turut dianggotai Peguam Negara, Menteri yang bertanggungjawab terhadap wilayah Persekutuan
01:12serta tiga anggota lain yang dilantik Seri Paduka Baginda.
01:16Mengikut perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, kuasa dan keputusan mutamat mengenai pengampunan bagi kesalahan yang dilakukan di wilayah Persekutuan terletak pada
01:25yang di-Pertuan Agong.
Comments